awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Tuntutan dipermudah, tidak perlu tunggu sijil kematian - LIAM

Astro Awani
Astro Awani
28/03/2014
23:40 MYT
MH370: Tuntutan dipermudah, tidak perlu tunggu sijil kematian - LIAM
Gambar Fail
Waris kepada 47 daripada 50 penumpang warga Malaysia pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang MH370, yang memiliki insurans hayat akan mendapat pampasan dari syarikat insurans masing-masing.
Tuntutan pampasan akan dibayar dalam masa 7 hari selepas permohonan dibuat melalui prosedur yang dipermudahkan.
Menurut presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Vincent Kwo, beberapa syarikat insurans yang bernaung di bawah persatuan itu kini sudah memulakan proses pembayaran pampasan kepada waris penumpang tragedi MH370.
“Bagi kami, kami sedar bahawa insiden ini sesuatu yang tidak dijangka dan memberi kesan kepada seluruh negara, seluruh ahli LIAM bersetuju untuk melakukan segala yang diperlukan berdasarkan pengumuman yang dibuat kerajaan,”
“Ini bagi memudahkan proses kerana ramai waris tidak mengetahui ahli keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi MH370 memiliki insurans dan syarikat insurans terlibat. Apa yang kami buat kami mengumpulkan semua ahli kami dan LIAM menjadi penyelaras supaya mereka boleh buat pemeriksaan dengan kami,” katanya.
Dalam kes MH370 katanya waris tidak perlu menunggu sijil pengesahan kematian seperti mana prosedur biasa yang menuntut 7 tahun bagi kes individu hilang.
“Berdasarkan daripada apa yang telah diputuskan dalam mesyuarat LIAM pada 11 Mac, kami bersetuju terhadap prosedur standard yang semua ahli LIAM komited untuk membayar tuntutan pampasan dalam masa 7 hari.”
LIAM dianggotai oleh 14 buah syarikat insurans hayat iaitu Allianz, AIA, AXA Affin, Etiqa, Great Eastern, AmLife, Hong Leong, Manulife, Zurich, MCIS Zurich, Prudential, Sun Life Malaysia, Tokyo Marine, dan UniAsia.
Ahli keluarga mangsa tragedi MH370 boleh menghubungi LIAM di talian 03-26916628 atau menerusi emel ke alamat [email protected] untuk sebarang pertanyaan.
Topic Berkaitan
#Boeing 777-200
#insurans
#Liam
#MH370
#Najib Razak
#penerbangan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan