MALAYSIA
MH370: Waris mahu ketelusan dalam pencarian pesawat

Keluarga penumpang dan kru mengharapkan ketelusan dan profesionalisme pihak berkuasa - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Keluarga penumpang dan kru mengharapkan ketelusan dan profesionalisme pihak berkuasa dalam menguruskan pencarian pesawat MH370 yang hilang.
Bagi mereka, lebih penting ketika ini adalah untuk mengetahui status sebenar pencarian berserta hasil, dan bukannya wang pampasan.
Merujuk kepada sidang media oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang diadakan pada Khamis, Jaquinta Gonzales melahirkan kekecewaan kerana jabatan itu dikatakan tidak menghubungi ahli keluarga mangsa terlebih dahulu.
Katanya, DCA perlu menghormati ahli keluarga dengan mengadakan perbincangan sebelum membuat sebarang keputusan atau pengumuman.
Tambah mengharukan beliau adalah apabila terpaksa mengetahui tentang pengumuman tersebut melalui laporan di televisyen.
Tambahnya yang sangat diinginkan kebanyakan ahli keluarga adalah maklumat lengkap dan jelas berkenaan isu MH370 dan bukannya soal pampasan.
Mereka ditemui dalam sidang media yang diadakan atas inisiatif ahli keluarga penumpang dan kru pesawat MH370 di Subang Jaya pada Jumaat.
Beberapa lagi ahli keluarga yang ditemui selepas sidang media itu menyatakan, mereka berharap usaha pencarian menggunakan peralatan canggih di Lautan Hindi ketika ini dapat menamatkan penantian ahli keluarga.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami