awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Microsoft Build: AI Day' di Malaysia 2 Mei ini, Satya Nadella hadir beri ucap tama

Amanz
Amanz
06/04/2024
03:40 MYT
'Microsoft Build: AI Day' di Malaysia 2 Mei ini, Satya Nadella hadir beri ucap tama
Satya Nadella (foto) bakal tiba di Malaysia untuk sampaikan ucap tama pada acara Microsoft Build: AI Day di Nexus Connexion Conference & Event Centre, Bangsar South pada 2 Mei ini. -Amanz
SEBELUM ini kami telah melaporkan bahawa acara Microsoft Build: AI Day akan ditunda ke tarikh yang akan diumumkan kelak.
Sayangnya ini juga bermakna CEO Microsoft, Satya Nadella terpaksa menunda kehadirannya di rantau ini dan juga Malaysia.
Terkini, laman web Microsoft Build: AI Day telah dikemas kini, dan tarikh baharu untuk acara tersebut telah diumumkan pada 2 Mei 2024.
Lokasi acara juga sudah bertukar, di mana sebelum ini ia dijadualkan di Kuala Lumpur Convention Centre.
Kini, lokasi baharu acara tersebut sudah bertukar ke Nexus Connexion Conference & Event Centre di Bangsar South.
Save the date! Join us for #MicrosoftBuildAIDay for a live keynote by Microsoft Chairman and CEO Satya Nadella to learn about the latest in AI. Catch this live at Nexus, Connexion Conference & Event Centre. Register now https://t.co/AyT6gmS7hO #MSBuildAIDay pic.twitter.com/Bxs7vlMAxf
— Microsoft Malaysia (@MYMicrosoft) April 3, 2024
Seperti sebelum ini, pihak Microsoft juga telah mengesahkan bahawa Satya Nadella akan ke Malaysia untuk memberi ucap tama di acara tersebut.
Microsoft Malaysia juga telah mengesahkan bahawa pendaftaran sudah dibuka untuk mereka yang berminat untuk menyertai acara tersebut. -Amanz
Topic Berkaitan
#Satya Nadella
#Microsoft Build AI Day
#CEO Microsoft
#Nexus Connexion
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan