Microsoft Copilot dikemas kini dengan ciri memori, kolaborasi dan avatar comel Mico

Ciri baharu termasuk memori interaksi, integrasi dengan perkhidmatan seperti OneDrive dan Gmail, serta mod berkumpulan (Groups) untuk kolaborasi sehingga 32 pengguna. -Foto Amanz
MINGGU lalu, Microsoft memberikan kemas kini kepada Windows 11 dengan kemampuan untuk pengguna berbual dengan komputer Copilot+ PC mereka.
Ringkasan AI
- Microsoft memperkenalkan kemas kini Copilot Fall Release untuk Windows 11 yang membolehkan pengguna berbual dan mengawal komputer menggunakan arahan suara.
- Ciri baharu termasuk memori interaksi, integrasi dengan perkhidmatan seperti OneDrive dan Gmail, serta mod berkumpulan (Groups) untuk kolaborasi sehingga 32 pengguna.
- Copilot kini hadir dengan avatar comel bernama Mico dan mod Learn Live, namun semua ciri ini hanya tersedia di Amerika Syarikat buat masa ini.
Pagi Khamis lalu, mereka memperkenalkan beberapa ciri baharu yang akan diberikan bersama Copilot Fall Release.
Pertama sekali ialah Copilot kini diberikan ciri memori untuk mengingati semua interaksi yang pernah dilakukan bersama pengguna.
Dengan ini ia boleh memberikan maklumat yang relevan dan tepat tanpa pengguna perlu mengulangi pertanyaan beberapa kali.
Ini diletakkan di bawah ciri Memory & Personalization yang boleh memberikan peringatan hari lahir, ulang tahun dan juga mesyuarat penting yang perlu dihadiri.
Dengan bantuan ciri Connectors, Copilot boleh diberikan akses kepada OneDrive, Outlook, Gmail, Google Drive, dan Google Calendar.
Carian maklumat dan dokumen boleh dilakukan Copilot merentasi pelbagai perkhidmatan berbeza ini. Copilot juga dikemas kini untuk memberikan maklumat yang tepat apabila melakukan carian mengenai kesihatan.
Ia akan menggunakan sumber Harvard Health supaya pengguna tidak menerima nasihat yang boleh mendatangkan mudarat.
Selepas sesi perbincangan tamat, Copilot boleh memberikan ringkasan perbincangan, keputusan undian dan juga membahagikan tugasan kepada semua peserta Goups.
Akhir sekali Copilot kini mempunyai avatar comel Mico yang berinteraksi dengan pengguna apabila bercakap. Ia kelihatan seperti gelembung air yang berubah bentuk semasa bercakap.
Ia adalah kesinambungan kepada Clippy dan Cortana yang dahulunya menjadi avatar pembantu maya Microsoft. Selain menjadi pembantu maya, Copilot juga boleh menjadi pengajar menerusi mod Learn Live.
Kesemua ciri yang diperkenalkan Copilot Fall Release pada waktu ini hanya boleh digunakan di Amerika Syarikat sahaja terlebih dahulu sebelum diberikan pula kepada pengguna UK secara berperingkat dalam minggu mendatang. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


