awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Microsoft Copilot sertakan sokongan ciri 'Notebook', penjanaan tanpa dialog perbualan

Amanz
Amanz
25/02/2024
10:52 MYT
Microsoft Copilot sertakan sokongan ciri 'Notebook', penjanaan tanpa dialog perbualan
Pengguna boleh menyertakan prom pada bahagian kiri, dan ia seterusnya akan menjana teks berkaitan pada bahagian kanan. -Amanz
MICROSOFT kini memperkenalkan sebuah ciri baharu pada Microsoft Copilot di web, dinamakan “Buku Nota” atau “Notebook”.
Melaluinya, ia memberikan kaedah berinteraksi dengan penjana berasaskan kecerdasan buatan, di mana ia menggunakan konsep catatan nota, dan bukannya lagi dalam bentuk dialog perbualan seperti kebiasaannya.
Pada Copilot biasa, pengguna akan berinteraksi dalam bentuk dialog perbualan, dan mungkin sedikit sukar dalam menguruskan tugasan kerja dan sebagainya.
Sementara melalui antara muka “Buku Nota” ia dibahagian kepada dua bahagian, kiri dan kanan.
Pengguna boleh menyertakan prom pada bahagian kiri, dan ia seterusnya akan menjana teks berkaitan pada bahagian kanan.
Pengguna juga boleh melakukan penyuntingan dan sebagainya pada prom, dan melihat perubahan pada hasil yang dijana.
Microsoft menyatakan ia menawarkan sokongan untuk sehingga 18,000 aksara pada hari ini.
Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, boleh ke laman Copilot, dan menggunakannya hari ini. -Amanz
Topic Berkaitan
#Microsoft
#Copilot
#notebook
#ciri baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan