GADGETS
Microsoft kini syarikat paling bernilai tinggi di dunia, atasi Apple

Microsoft kini bernilai AS$2.635 trilion, sementara Apple bernilai AS$2.590 trilion. -Gambar fail/Reuters
DISEBABKAN oleh pengumuman pengenalan tarif oleh Presiden Amerika Syarikat, pelbagai saham mengalami kejatuhan mendadak, termasuk saham Apple yang memperlihatkan kejatuhan sekitar 23% sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Ringkasan AI
- Pengumuman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat menyebabkan saham Apple jatuh sekitar 23%, menjadikannya syarikat kedua paling bernilai di dunia selepas Microsoft.
- Microsoft kini bernilai AS$2.635 trilion, sementara Apple bernilai AS$2.590 trilion.
- NVIDIA berada di tangga ketiga dengan nilai AS$2.349 trilion.
Microsoft dilihat kurang terkesan dengan pengenalan tarif ini berbanding Apple memandangkan fokus mereka terhadap perisian dan perkhidmatan, berbanding Apple yang bergantung kepada tenaga keluaran luar Amerika Syarikat.
Menduduki tangga ketiga adalah NVIDIA dengan nilai syarikat berjumlah AS$2.349 trilion. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami