awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Microsoft uji Copilot Notebook dan Designer baharu terus pada Edge

Amanz
Amanz
22/03/2024
04:38 MYT
Microsoft uji Copilot Notebook dan Designer baharu terus pada Edge
Designer adalah perkhidmatan AI menjana imej yang dikuasakan oleh DALL.E 3. -Amanz
JIKA anda menggunakan Microsoft Edge, anda pasti perasan di bar sisi kiri terdapat ikon Copilot untuk akses pantas menggunakan chatbot AI ini.
Setiap hari, ciri ini amat membantu dan Microsoft sedar akan perkara ini. Oleh yang demikian pengguna dan pembangun yang menggunakan Edge versi Canary kini boleh menggunakan dua ciri AI baharu.
Pertama adalah Microsoft Designer serba baharu. Designer adalah perkhidmatan AI menjana imej yang dikuasakan oleh DALL.E 3.
Tetapi pada Edge, pengguna boleh klik kanan pada mana-mana imej di web dan pilih untuk masukkan ke dalam Designer baharu ini untuk sunting seperti buang latar belakang.
Kedua adalah Copilot Notebook. Ciri “buku nota” ini berinteraksi dengan penjana seakan mencatat nota berbanding dialog perbualan.
Microsoft menyatakan ia menawarkan sokongan untuk sehingga 18,000 aksara berbanding Copilot biasa yang terhad kepada 4,000 aksara sahaja.
Ciri ini akan memudahkan pengguna yang ingin menganalisis dokumen dan mengeluarkan data penting.
Buat masa ini, ia masih dalam ujian di fasa Canary dan tidak pasti bila Microsoft akan menawarkannya kepada semua pengguna Edge.
Sama-sama kita nantikan. -Amanz
Topic Berkaitan
#Microsoft Edge
#Copilot
#chatbot AI
#Microsoft Designer
#DALL E 3
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan