MIDA gerakkan transformasi industri negara melalui Program Wilayah Tengah 2025

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran bagi Program Wilayah Tengah 2025 (Central Region Programme 2025), imbas kod QR tertera. -Foto MIDA
KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan menganjurkan Program Wilayah Tengah 2025 (Central Region Programme 2025), acara utama yang dijangka menjadi pemangkin baharu kepada pertumbuhan industri serta pengukuhan ekosistem rantaian bekalan di Malaysia.
Ringkasan AI
- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan menganjurkan Program Wilayah Tengah 2025 (Central Region Programme 2025), acara utama yang dijangka menjadi pemangkin baharu kepada pertumbuhan industri serta pengukuhan ekosistem rantaian bekalan di Malaysia.
- Bertemakan "Innovating Industries, Connecting Markets", program dua hari itu akan berlangsung pada 11 hingga 12 November 2025 di Royale Chulan Kuala Lumpur, menghimpunkan sehingga 1,000 peserta yang terdiri daripada tokoh industri, pelabur serta pembuat dasar dari pelbagai sektor utama.
- Acara ini memberi tumpuan kepada empat negeri strategik iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka yang secara kolektif menyumbang hampir separuh daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sekaligus menjadi pusat tumpuan industri utama seperti elektronik, automotif, logistik serta teknologi digital.
Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid, berkata program ini berperanan penting dalam meneguhkan transformasi industri Malaysia melalui kerjasama wilayah yang lebih mantap.
“Program Wilayah Tengah memperlihatkan komitmen berterusan kami dalam memacu transformasi industri negara melalui pengukuhan ekosistem serantau.
“Wilayah Tengah kekal sebagai hab utama yang menyatukan inovasi, bakat dan infrastruktur sekali gus mendorong pelaburan mampan selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030),” katanya menerusi sebuah kenyataan media.
Selama dua hari penganjuran, pelbagai sesi menarik menanti peserta termasuk pelancaran rasmi, sesi fireside chat mengenai potensi pertumbuhan Wilayah Tengah dalam empat sektor keutamaan seperti; Elektrikal & Elektronik (E&E), Aeroangkasa, Farmaseutikal dan Pemprosesan Makanan.
Turut dijadualkan ialah forum interaktif mengenai ketahanan rantaian bekalan dan transformasi industri pintar, selain Klinik Perniagaan MCMC yang membuka peluang kepada syarikat berinteraksi secara langsung dengan penyedia rangkaian mudah alih bagi meneroka aplikasi 5G dan penyelesaian industri pintar.

Menerusi inisiatif ini, MIDA juga ingin menegaskan kedudukan Malaysia sebagai hab pelaburan berdaya tahan dan progresif di ASEAN. - Foto MIDA
Melalui inisiatif ini, MIDA bersama rakan strategik Wilayah Tengah berhasrat memperluas integrasi rantaian bekalan, memperkasa tenaga kerja tempatan, dan memperhebat hubungan industri rentas negeri.
Usaha ini juga menjadi platform kolaborasi untuk menarik pelaburan berkualiti, menggalakkan inovasi dan meningkatkan daya saing serantau.
Program ini sekali gus menegaskan kedudukan Malaysia sebagai hab pelaburan berdaya tahan dan progresif di ASEAN.
MIDA menjemput semua pemain industri dan komuniti perniagaan untuk menyertai Program Wilayah Tengah 2025 bagi meneroka peluang baharu serta mendapatkan pandangan menyeluruh mengenai landskap pelaburan negara yang terus berkembang.
Pendaftaran kini dibuka di: https://form.evenesis.com/Flagship_Investment_Seminar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


