awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MidJourney bangunkan 'Orb', fokus hasilkan ruangan 3D secara maya

Amanz
Amanz
08/02/2024
08:58 MYT
MidJourney bangunkan 'Orb', fokus hasilkan ruangan 3D secara maya
Peranti berkenaan dijangka akan membolehkan sesiapa sahaja menghasilkan serta menguruskan ruangan 3D secara maya. -Amanz
MIDJOURNEY merupakan salah satu platform yang mungkin tidak asing bagi ramai pengguna, di mana ia membolehkan pengguna menjana imej berasaskan kecerdasan buatan melalui input teks.
Terbaharu, mereka sedia menguji MidJourney versi 6 yang hadir dengan sejumlah penambahbaikan, dan kebolehan penjanaan imej berasaskan kecerdasan buatan antara yang terbaik.
Di samping penawaran platform penjanaan imej, kini ia dilihat pihak MidJourney turut sedang dalam projek membangunkan perkakasan tersendiri.
Ia dikenali dengan nama “Orb” buat masa ini, dengan kini memfokuskan kepada pengumpulan data bagi 3D.
Peranti berkenaan dijangka akan membolehkan sesiapa sahaja menghasilkan serta menguruskan ruangan 3D secara maya.
Midjourney is building hardware In office hours yesterday they mentioned a newly formed hardware team that is currently focused on collecting data for 3D. But in the future, they said they may enter the realm of personal computing A device that enables anyone to organize pic.twitter.com/LyH0DQtxrc
— Nick St. Pierre (@nickfloats) January 11, 2024
Untuk tahun ini, MidJourney dijangka memfokuskan kepada pelbagai projek perkakasan berbeza, dengan kemungkinan melancarkan produk pertama seawal tahun 2025 kelak.
Buat masa ini, maklumat penuh berkaitan dengan projek ini tidak diketahui lagi.
MidJourney sedia diasaskan oleh pengasas Leap Motion yang sebelum ini membangunkan teknologi pengecaman gerakan tangan dan jari untuk input secara maya. -Amanz
Topic Berkaitan
#Midjourney
#ORB
#Leap Motion
#perkakasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan