awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Turki tingkat kesiapsiagaan ketenteraan, perketat sempadan dengan Iran
MALAYSIA
Pemandu lori rogol anak kandung dipenjara 10 tahun, 20 sebatan
MALAYSIA
ASEAN terima Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Pendidikan Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GADGETS

Midjourney kini boleh jana video daripada gambar

Amanz
Amanz
19/06/2025
04:40 MYT
Midjourney kini boleh jana video daripada gambar
Midjourney kini menawarkan perkhidmatan menjana video berdasarkan imej yang diberikan pengguna, menggunakan model AI baharu bernama Video Model V1. -Amanz
MIDJOURNEY kini menawarkan perkhidmatan menjana video berdasarkan imej yang diberikan pengguna.

Ringkasan AI
  • Midjourney kini menawarkan perkhidmatan menjana video berdasarkan imej yang diberikan pengguna, menggunakan model AI baharu bernama Video Model V1.
  • Pengguna boleh menjana klip video sepanjang 5 saat dengan kos 8 kali ganda berbanding janaan imej, dan video boleh dipanjangkan sebanyak 4 saat sehingga empat kali jika diperlukan.
  • Walaupun model ini menyokong pergerakan kamera dinamik dan pengekalan kedudukan kamera, ia belum menyokong janaan audio seperti yang ditawarkan oleh Google Veo 3 dan Meta Movie Gen.

Untuk membawakan kemampuan ini, model kecerdasan buatan (AI) Video Model V1 telah dibangunkan.
Model V1 kini boleh digunakan oleh pelanggan dan ia hadir dengan beberapa mod janaan generatif.
Pengguna boleh menjana klip video sepanjang 5 saat dengan kos 8x kali lebih tingi berbanding yang dikenakan untuk menjana 1 imej di Midjourney.
Video boleh dijana menerusi imej yang dijana di dalam Midjourney atau dimuat naik sendiri oleh pengguna.
Pengguna kemudian hanya perlu memasukkan prom arahan untuk ia diproses.
Terdapat ciri terbina yang mengekalkan kedudukan kamera dan tetapan pergerakan kamera yang lebih dinamik.
Video yang dijana boleh dipanjangkan sebanyak 4 saat sebanyak 4 kali sekiranya dirasakan terlalu pendek.
Sungguhpun begitu, tidak seperti Google Veo 3 dan Meta Movie Gen, Video Model V1 tidak boleh menjana video dengan audio yang berpadanan. -Amanz
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#Midjourney
#Video Model V1
#jana video berdasarkan imej
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami