awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MILF sangkal dakwaan Nur Misuari

Astro Awani
Astro Awani
20/03/2013
12:08 MYT
MILF sangkal dakwaan Nur Misuari
Barisan Pembebasan Islam Moro, (MILF) menyangkal dan membantah keras dakwaan Nur Misuari bahawa kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab menyemai perpecahan dalam kalangan bangsa Moro.
Ketua Sekretariatnya, Mohamad Ameen juga menyanggah kenyataan yang menyifatkan negara ini memperalat kumpulan itu untuk mempertahankan hak terhadap Sabah.
Katanya, dengan dakwaan berkenaan, pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) itu melakukan dosa besar terhadap MILF dan juga kerajaan Malaysia.
Untuk itu beliau menggesa Nur Misuari membuat pembetulan terhadap pembohongannya.
Tohmahan dibuat melalui temubual Misuari bersama Stesen Al-Jazeera yang dilapor secara meluas oleh akhbar tempatan.
Pada masa sama, beliau mengingatkan Misuari bahawa Malaysia adalah satu satunya negara yang berusaha untuk pembentukan Majlis Persaudaraan Bangsamoro pada tahun 2002 demi menyatukan MNLF dan MILF.
Tambah beliau, soal tuntutan terhadap Sabah tidak pernah menjadi agenda perbincangan ke pelbagai pihak sejak 2001.
Tegasnya lagi Malaysia tidak pernah membuat sebarang tawaran untuk menyelesaikan perbalahan tersebut dan hanya terbabit sebagai orang tengah apabila dijemput berbuat demikian oleh Presiden Arroyo.
Topic Berkaitan
#Filipina
#Lahad Datu
#Malaysia
#MILF
#MNLF
#Moro
#Nur Misuari
#operasi daulat
#Ops Daulat
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan