awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam terkorban dalam kebakaran pusat beli-belah di Karachi
Bukit Panorama destinasi baharu pelumba downhill
Kebimbangan meningkat terhadap kemungkinan penggantungan perkhidmatan MSF di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Miliki sepucuk pistol dan 32 peluru, juruhebah radio popular ditahan polis

Gempak
Gempak
27/04/2018
05:12 MYT
Miliki sepucuk pistol dan 32 peluru, juruhebah radio popular ditahan polis
Lelaki berusia 47 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput kira-kira jam 8.30 pagi. - Foto Astro GEMPAK
SEORANG juruhebah radio ditahan polis bersama sepucuk pistol dan 32 peluru dalam satu pemeriksaan Ops Cantas di KM28, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, semalam.
Lelaki berusia 47 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput kira-kira jam 8.30 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, suspek yang menaiki Toyota Wish itu ditahan selepas didapati menggunakan lampu 'beacon' yang mencurigakan.
"Pemeriksaan terhadap pemandu mendapati dipinggangnya ada sepucuk pistol semi auto jenama walther bersama satu kelopak berisi tujuh butir peluru hidup.
"Pemeriksaan lanjut dalam kereta menemui satu beg sandang yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan yang mengandungi satu kelopak lagi bersama 25 peluru 9mm," katanya.
Menurutnya, suspek dibawa ke IPD Sungai Siput untuk tindakan lanjut.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 iaitu memiliki pistol tanpa lesen dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 iaitu memiliki peluru.
"Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif suspek memiliki senjata itu," katanya.
Topic Berkaitan
#jenayah
#juruhebah radio
#kereta
#Ops Cantas
#siasatan
#suspek
#toyota wish
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan