KUALA LUMPUR: Seorang penganggur didenda RM2,600 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini kerana memiliki harta curi iaitu sebuah tabung surau.
Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Fadhil Azmi, 25, mengaku bersalah memiliki tabung milik Surau As Sufi Selayang Height melibatkan kerugian RM150, yang mana tertuduh mengetahui bahawa barang tersebut adalah harta curi.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pangsapuri Selayang Height, Gombak, dekat sini pada 3.40 petang, 20 Jun lepas dan didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, pada 18 Jun lepas, polis telah menerima laporan tentang kehilangan tabung surau yang diletakkan di tepi lif di pangsapuri itu dan hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki telah memecahkan tabung tersebut.
Sepasukan polis kemudian membuat penggeledahan di sebuah unit rumah pangsapuri berkenaan iaitu rumah tertuduh pada 20 Jun dan menemui barang kes (tabung) dan pakaian yang digunakannya semasa melarikan tabung surau berkenaan.
Terdahulu, peguam M Mariappan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili tertuduh merayu hukuman denda minimum dengan alasan anak guamnya menanggung isteri dan seorang anak, namun Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria memohon hukuman setimpal.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021
Majistret menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Fadhil mengaku bersalah memiliki tabung milik Surau As Sufi Selayang Height. - Gambar hiasan
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Balai polis terpencil akan dipasang CCTV, pintu pagar ditutup awal
Tahap keselamatan balai-balai terpencil akan dipertingkatkan, antaranya dengan pemasangan CCTV dan pintu pagar ditutup awal, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor.
Polis siasat motif, kaitan serangan terhadap tiga pemain bola sepak kebangsaan
Razarudin berkata, adalah terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan memandangkan polis masih lagi mengumpul keterangan.
Polis cari penyebar rakaman CCTV Faisal Halim disimbah asid
Polis mengesahkan sebuah video tular di platform X yang didakwa memaparkan kejadian pemain kebangsaan, Faisal Halim disimbah asid merupakan bahan bukti yang masih dalam siasatan.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Polis minta bantuan orang ramai kesan pencuri pakaian dalam di Balik Pulau
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam wanita di ampaian sebuah rumah di Titi Teras, di sini seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Seorang lagi ditahan disyaki terlibat baling bom petrol ke pusat hiburan
Polis menahan seorang lagi lelaki tempatan semalam kerana disyaki terbabit dalam kes pusat hiburan terbakar akibat dibaling bom petrol awal pagi Khamis lepas.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Kes Faisal disimbah asid: Polis tunggu hasil analisis cap jari suspek
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, semakan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek ada menyentuh beberapa kawasan serta tempat di lokasi kejadian.
Polis kesan individu buang air mengandungi puntung rokok depan rumah jiran
Kejadian yang dirakam menerusi CCTV itu dimuat naik menerusi media sosial serta menerima kecaman dari orang ramai.
Polis kesan dua individu bakar pacuan empat roda
Polis sedang mengesan dua individu disyaki terlibat membakar kenderaan pacuan empat roda di Kampung Sungai Kayu, Damansara, tengah malam Ahad.