MIMOS terima pensijilan ISO 56001:2004, pertama di Malaysia dalam pengurusan inovasi

Pensijilan itu menzahirkan komitmen MIMOS terhadap kecemerlangan operasi, tadbir urus inovasi dan penciptaan impak nasional selain menetapkan penanda aras baharu untuk Malaysia. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: MIMOS Berhad, pusat penyelidikan dan pembangunan (RD) gunaan negara di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melakar sejarah sebagai organisasi pertama di Malaysia dan antara perintis di Asia Pasifik menerima Pensijilan ISO 56001:2024 Sistem Pengurusan Inovasi (IMS) iaitu piawaian global yang diiktiraf bagi kecemerlangan pengurusan inovasi berterusan
Ringkasan AI
- Pensijilan ISO 56001:2024 diberikan kepada MIMOS dalam Majlis SIRIM Industri 2025, diiktiraf piawaian antarabangsa untuk proses inovasi mereka yang berasaskan tadbir urus serta fokus pada potensi dan matlamat inovasi negara.
- Pensijilan ini membolehkan MIMOS memperluas kerjasama inovasi di peringkat global, khususnya dengan organisasi di Eropah dan Asia yang telah menerima piawaian serupa, meningkatkan keyakinan terhadap Malaysia sebagai rakan inovasi yang dipercayai.
- MIMOS memperkenalkan Sistem Pengurusan Inovasi MIMOS (MiMS) untuk memastikan inovasi mereka diurus secara sistematik, digerakkan oleh tadbir urus, kecerdasan peluang, dan hasil yang dapat diukur, yang akan memperkukuh daya saing Malaysia di persada global.
Piawaian itu turut memperkukuh cara MIMOS mengenal pasti, menilai dan mengurus peluang di sepanjang rantaian R-D-C-I (Penyelidikan-Pembangunan-Pengkomersialan-Impak), memastikan setiap idea berfokus pada matlamat, setiap inisiatif dapat dipertanggungjawabkan dan setiap hasil menyumbang kepada keutamaan inovasi negara.
"Lebih penting lagi, pensijilan ini membuka laluan baharu kepada kerjasama inovasi rentas sempadan, khususnya dengan organisasi di Eropah dan Asia yang telah menerima pakai piawaian siri ISO 56000. Dengan penyelarasan ini, MIMOS memperkukuh kedudukan Malaysia dalam ekosistem inovasi global serta meningkatkan keyakinan antarabangsa terhadap kebolehan negara sebagai rakan inovasi yang dipercayai," menurut kenyataan itu.
Saat Shukri berkata pensijilan itu menzahirkan komitmen MIMOS terhadap kecemerlangan operasi, tadbir urus inovasi dan penciptaan impak nasional selain menetapkan penanda aras baharu untuk Malaysia mengurus inovasi secara sistematik daripada penyelidikan sehingga pelaksanaan sebenar.
"Kami membangunkan Sistem Pengurusan Inovasi MIMOS (MiMS) bagi memastikan inovasi tidak diserahkan kepada kebetulan, sebaliknya digerakkan oleh tadbir urus, kecerdasan peluang dan hasil yang boleh diukur, demi memperkukuh daya saing Malaysia di peringkat global," katanya dalam kenyataan sama.
Kenyataan itu memaklumkan menerusi ISO 56001, MIMOS melaksanakan Kerangka Pelepasan dan Pengkomersialan Teknologi bagi mempercepat penerapan hasil penyelidikan ke dalam industri.
Menurut MIMOS setiap teknologi akan melalui penilaian kesediaan dan risiko secara menyeluruh, memastikan penerapan yang lebih pantas oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS), agensi kerajaan dan industri strategik.
"Dengan pensijilan ini, MIMOS muncul sebagai pemacu inovasi nasional yang dipercayai, menghubungkan kecemerlangan inovasi dengan impak sebenar kepada rakyat dan ekonomi negara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


