awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mindef bina Hospital Kem Terendak baharu bernilai RM325 juta tahun depan

Dagang News
Dagang News
09/11/2023
08:31 MYT
Mindef bina Hospital Kem Terendak baharu bernilai RM325 juta tahun depan
Projek hospital dengan kapasiti 150 katil ini telah diluluskan tahun lepas dengan kos dianggarkan kira-kira RM325 juta. -Dagang News
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memulakan projek pembinaan Hospital Angkatan Tentera (HAT) Kem Terendak, Melaka yang baharu pada pertengahan tahun depan.
Projek hospital dengan kapasiti 150 katil ini telah diluluskan tahun lepas dengan kos dianggarkan kira-kira RM325 juta.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, ia bagi menggantikan fasiliti sedia ada di hospital berkenaan yang beroperasi sejak tahun 1964.
Menurut beliau, hospital baharu itu akan dilengkapi dengan kepakaran diperlukan dalam menyokong keperluan operasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Antaranya seperti kemudahan dewan bedah, unit rawatan rapi (ICU), kepakaran traumatologi, pembedahan am, ortopedik dan perubatan dalaman,
“Turut disediakan ialah perkhidmatan klinik keluarga dan pesakit luar, pusat rehabilitasi serta kemudahan rawatan pergigian yang pastinya memberi manfaat kepada seluruh warga ATM, veteran ATM dan juga penduduk sekitar,” katanya di Dewan Rakyat.
HAT Kem Terendak juga bakal dilengkapi kemudahan perubatan moden seperti Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan) selain dihubungkan melalui sistem pengurusan hospital secara digital.
Menurut Adly, sistem berkenaan membolehkan maklumat pesakit dapat dikongsi secara bersama antara fasiliti kesihatan milik ATM dan awam secara maya.
HAT Kem Terendak bukan sahaja digunakan oleh warga ATM dan veteran, malah peratusan tertinggi melibatkan orang awam terutamanya di sekitar Sungai Udang.
Setiap tahun hospital ini direkodkan menerima kira-kira 64,000 pesakit termasuk orang awam justeru pembinaan hospital baharu yang lebih selesa adalah perlu.
Kem Terendak asalnya menempatkan Briged Tentera Komanwel pada tahun 1950an yang dibina lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk hospital sebelum diserahkan kepada ATM pada tahun 1970.- DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Adly Zahari
#Mindef
#hospital angkatan tentera
#Kem Terendak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan