awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mindef bincang latihan bersama, pemindahan teknologi pertahanan dengan Rusia

Astro Awani
Astro Awani
23/04/2019
09:40 MYT
Mindef bincang latihan bersama, pemindahan teknologi pertahanan dengan Rusia
Mohamad Sabu kini dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Rusia dan bertemu rakan sejawat Jeneral Sergei Shoigu. -Gambar ihsan Mindef
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu kini dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Rusia dan bertemu rakan sejawat Jeneral Sergei Shoigu bagi membincangkan spektrum kerjasama pertahanan, khususnya berkaitan latihan bersama dan pemindahan teknologi pertahanan.
Dalam satu kenyataan media, Kementerian Pertahanan memaklumkan Mohamad dijangka berada di Moscow selama empat hari bermula 22 hingga 25 April sebagai memenuhi jemputan negara tersebut.
Ketika di Moscow, Mohamad juga melawat syarikat-syarikat industri pertahanan seperti Rostec Corporation dan Irkut Corporation.
“Lawatan kerja rasmi ke Moscow, Rusia ini dilihat sebagai salah satu platform penting bagi menjelaskan lagi komitmen dalam mengukuhkan jaringan kerjasama dan industri pertahanan antara kedua-dua negara,” kata kenyataan tersebut.
Mohamad Sabu adakan lawatan rasmi ke Rusia
Mohamad Sabu adakan lawatan rasmi ke Rusia
Selain itu Mohamad juga dijadual memberikan ucapan bertajuk 'Kesan selepas kekalahan Daish di Syria dan Iraq, implikasi-implikasinya' di Persidangan Keselamatan Antarabangsa Moscow kelapan.
Delegasi Malaysia turut disertai Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Mat Dris Yaacob, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Lt Jeneral Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan dan pegawai kanan kementerian.
Topic Berkaitan
#Irkut Corporation
#Jeneral Sergei Shoigu
#Menteri Pertahanan
#Mohamad Sabu
#Rostec Corporation
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan