awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly

Bernama
Bernama
07/07/2024
21:00 MYT
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Adly (tengah) mendengar penerangan daripada veteran ATM Hassan (kiri) pada Program Veteran Desa Madani (VDM) di Kampung Chekok, Temangan pada Ahad. - Foto BERNAMA
MACHANG: Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata walaupun setiap kemalangan atau kejadian yang berlaku tidak dijangka, persediaan perlu dibuat dari semasa ke semasa bagi berdepan sebarang kemungkinan.
"Kita tahu dalam operasi atau latihan akan berlaku kemalangan tidak berbau, namun pada masa sama dari segi persediaan perlu dilakukan untuk memastikan bekalan makanan dan sebagainya mencukupi untuk menyelamatkan nyawa mereka ketika berada dalam operasi.
"Walaupun anggota tentera telah diberikan latihan terutama berkait dengan ikhtiar hidup, kita tetap akan membuat penilaian dan memperbaiki kelemahan yang ada," katanya kepada pemberita selepas menziarahi veteran ATM Hassan Ahmad, 63, di Kampung Chekok, Temangan di sini pada Ahad.
Pada Sabtu, anggota tentera Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim, daripada pasukan Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) ditemukan selamat oleh kumpulan mencari dan menyelamat (SAR) selepas dilaporkan hilang ketika bertugas dalam Op Ukur bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) di sempadan Malaysia-Brunei di Limbang, Sarawak, pada 18 Jun lepas.
Bagaimanapun, Muhammad Syafiq Hilmi yang lengkap bersama peralatan dan senjata ketika dijumpai selepas 17 hari SAR dilancarkan, masih berada dalam keadaan lemah akibat kelaparan dan dehidrasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pertahanan
#SOP
#Adly Zahari
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan