awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MINDEF laksana strategi "WOGOS" di Pulau Banggi - Mohamed Khaled

Bernama
Bernama
24/11/2025
15:30 MYT
MINDEF laksana strategi "WOGOS" di Pulau Banggi - Mohamed Khaled
Khaled berucap pada program semarak ATM bersama komuniti di Dewan ESSCOM, Balai Polis Karakit, Pulau Banggi hari ini. - Gambar Bernama
KUDAT: Pulau Banggi di sini dipilih sebagai lokasi pelaksanaan strategi Whole-of-Government and Whole-of-Society (WOGOS) oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) sebagai usaha memperkukuh pembangunan serta keselamatan kawasan luar bandar dan terpencil.

Ringkasan AI
  • Pulau Banggi dipilih sebagai lokasi pelaksanaan strategi Whole-of-Government and Whole-of-Society (WOGOS) oleh Kementerian Pertahanan untuk memperkukuh pembangunan serta keselamatan kawasan luar bandar dan terpencil.
  • Pendekatan WOGOS di Pulau Banggi melibatkan kerjasama antara kementerian, agensi kerajaan, dan masyarakat setempat untuk memastikan keselamatan tidak bergantung hanya pada Angkatan Tentera Malaysia.
  • Program Semarak ATM Bersama Komuniti di Pulau Banggi melibatkan lebih 500 penduduk dengan aktiviti gotong-royong dan kerohanian, sambil menyokong keselamatan negara serta persediaan ATM dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata melalui pendekatan itu, kerajaan dan masyarakat setempat akan digembleng bersama-sama untuk memastikan aspek keselamatan tidak hanya bergantung pada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tetapi turut menjadi tanggungjawab setiap komuniti.
"Apabila ada kesedaran ini, mereka tidak melakukan sesuatu yang boleh menggugat keselamatan dan membantu memastikan keselamatan masyarakat stabil," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Semarak ATM Bersama Komuniti di Pulau Banggi, hari ini.
Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Nizam Jaffar, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Lokman Hakim Ali dan wakil pelbagai agensi keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Mohamed Khaled berkata pendekatan WOGOS di Pulau Banggi akan melibatkan kerjasama menyeluruh antara kementerian dengan agensi kerajaan untuk memberikan tumpuan kepada pembangunan serta kemajuan penduduk di pulau terbesar di Malaysia itu.
"Apabila kehidupan rakyat terbela dan terjamin, keadaan itu membantu mewujudkan suasana yang lebih stabil dan secara langsung menyokong aspek keselamatan negara," katanya.
Beliau berkata kehadiran ATM di pulau berkenaan juga penting dalam memantapkan keselamatan memandangkan kedudukannya yang berhampiran dengan sempadan Filipina, sekali gus mampu meningkatkan keyakinan penduduk dan merangsang pembangunan sosioekonomi setempat.
Terdahulu, lebih 500 penduduk menyertai program dua hari itu yang bermula semalam dengan pelbagai aktiviti dijalankan bersama melibatkan ATM dan masyarakat setempat di sekitar Pulau Banggi termasuk gotong-royong dan program kerohanian.
Mengulas tentang pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan berlangsung esok, Mohamed Khaled yakin kesemua anggota ATM akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih berdaftar selaras dengan undang-undang serta peranan mereka sebagai seorang warganegara.
"Kita berbeza seperti di sesetengah negara yang tenteranya tiada hak untuk mengundi, tetapi di Malaysia, kita benarkan mereka (tentera) menggunakan hak (undi) mereka.
"Saya juga percaya elemen keselamatan antara perkara utama yang menjadi sandaran anggota tentera menggunakan hak mereka untuk mengundi," katanya.
Sebanyak 24,426 pengundi awal termasuk 11,697 anggota tentera dan pasangan layak mengundi esok.
Pulau Banggi di sini ialah pulau terbesar di Malaysia dan mempunyai sejumlah 9,484 pemilih berdaftar untuk PRN ke-17 dengan hari pengundian ditetapkan pada Sabtu ini.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#PDRM
#WoGoS
#PRN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan