PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan memperuntukkan RM69 juta kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi membaik pulih dan menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di seluruh negara.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata peruntukan berkenaan merupakan sebahagian daripada RM400 juta yang diberikan kerajaan pada tahun ini bagi membaik pulih dan menyelenggara rumah anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Sebanyak RM7 juta diperuntukkan kepada TUDM di Pangkalan Udara Subang dan setakat ini 65 unit (rumah) sudah diselenggara dan berbaki 120 (unit rumah) lagi... kita akan pastikan selesai," katanya pada sidang media selepas melawat rumah anggota di Pangkalan Udara Subang di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahary, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohamad Ab Rahman dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.
Beliau berkata peruntukan RM400 juta itu turut akan diagihkan di semua RKAT milik Tentera Darat Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia dengan rumah anggota akan selesai diselenggara pada hujung tahun ini.
Mohamed Khaled berkata pihaknya sentiasa memberi perhatian dalam soal kesejahteraan kehidupan anggota ATM terutamanya melibatkan rumah.
"Kita tahu dengan adanya rumah yang sempurna, anggota bukan sahaja membina keluarga yang bahagia tetapi dalam dia (anggota) menjalankan tugas, dia tidak perlu fikir (soal rumah).
"Selain itu tidak perlu memikirkan keadaan keselamatan keluarga apabila bertugas dan kerajaan sangat prihatin melihat keadaan ini untuk melihat rumah (anggota) dinaik taraf dan diselenggara," katanya.
Pada lawatan itu, Mohamed Khaled turut meluangkan masa berbuka puasa dengan warga TUDM di Masjid Al-Muhajirin di Pangkalan Udara Subang dan mengagihkan sumbangan kepada 20 warga TUDM bagi meringankan beban khususnya dalam menyambut Ramadan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melawat rumah anggota lain-lain pangkat yang selesai diselenggara menerusi peruntukan diberikan kerajaan. - Foto BERNAMA
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Lebih RM387 juta diperlukan untuk kerja pembaikan cerun runtuh
Lebih RM387 juta diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan di 531 lokasi cerun runtuh yang dikenal pasti belum dibaiki di seluruh negara.
Mokhzani letak jawatan Pengerusi Maxis
Maxis Bhd pada Jumaat mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2024.
Kerajaan anjur kempen keselamatan 'online' untuk kanak-kanak
Kerajaan berhasrat untuk mengadakan kempen keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak dan keluarga secara besar-besaran dalam tempoh terdekat.
Malaysia mungkin berdepan satu lagi siri PRK
Malaysia akan berdepan dengan satu lagi siri PRK sekiranya tujuh wakil Bersatu yang berpaling tadah tidak menyatakan sokongan kepada parti dalam tempoh 14 hari.
JKPK setuju proses terbuka untuk pelantikan Pengerusi SPR
Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Pembaharuan Institusi (JKPK) bersetuju bahawa proses pelantikan pengerusi baharu Suruhanjaya Pilihan Raya perlu dijalankan secara terbuka dan konsultatif dengan Parlimen.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Siasat lanjut, jika benar ia didalangi JI
Kerjasama antara badan-badan perisikan serantau perlu dipergiatkan bagi mengekang gerakan berkenaan daripada menggugat ketenteraman.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Belum bincang dengan PM mengenai pengganti Mutang - Abang Jo
Abang Johari berkata perbincangan mengenai jawatan Yang Dipertua Dewan Negara belum dibincangkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tentera Udara Malaysia, Indonesia akan laksanakan rondaan udara bersama
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) merancang untuk mengadakan rondaan udara bersama selama tiga hari dari 20 hingga 22 Mei ini.
TUDM dijangka bincang perolehan pesawat Hornet pada Jun depan
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka mengadakan lawatan ke Kuwait pada Jun depan bagi berunding mengenai perolehan pesawat tempur F/A-18D (Hornet).
Penghantaran 'ANKA' MALE UAS ke Malaysia ikut jadual - Timbalan Menteri Pertahanan Turki
Perolehan Malaysia terhadap tiga sistem pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System (MALE UAS) "ANKA" berjalan mengikut jadual.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Operasi pembenihan awan hasilkan 4.0mm hujan di Papar
Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dijalankan di Sabah berjaya menghasilkan 4.0 mililiter hujan sehingga pukul 4 petang semalam di Papar.
Cuaca panas: ATM sedia kerjasama laksana operasi pembenihan awan - Adly
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia memberikan kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk melaksanakan operasi pembenihan awan.
Status kemajuan pembinaan 18 pesawat pejuang FA-50M TUDM capai 26.7 peratus
Status kemajuan terkini pembinaan 18 pesawat pejuang ringan FA-50M bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini telah mencapai 26.7 peratus, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
MINDEF peruntuk RM69 juta kepada TUDM selenggara rumah anggota
Kementerian Pertahanan memperuntukkan RM69 juta kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi membaik pulih dan menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di seluruh negara.