KLUANG: Kementerian Pertahanan (Mindef) sentiasa bersiap siaga dan sedia menggerakkan asetnya, sekiranya berlaku bencana banjir serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya juga akan berbincang dengan pemimpin kerajaan negeri, dan menerima taklimat berhubung kejadian banjir atau bencana yang berlaku di setiap negeri itu.
Beliau berkata perbincangan telah pun diadakan dengan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi baru-baru ini dan selanjutnya pihaknya akan bertemu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dalam masa terdekat.
"Kalau semua memainkan peranan dan bekerja sama rapat, penyelarasan dan koordinasi di antara agensi persekutuan dengan kerajaan negeri, saya rasa tidak ada sebab mana-mana pihak akan rasa terjejas sekiranya air naik (ketika PRU15).
"Saya sudah minta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memikirkan sekiranya banjir berlaku ketika PRU15, mereka perlu lakukan persediaan lebih daripada apa yang mereka laksanakan sebelum ini, insya-Allah masalah (banjir) di Kelantan dahulu itupun kita berjaya hadapinya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Notis 5A kepada 282 keluarga di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Bukit Tongkat, yang dirasmikan oleh Onn Hafiz di sini hari ini.
Sementara itu mengenai program berkenaan, Hishammuddin yang juga penyandang Parlimen Sembrong berkata kerajaan setiasa konsisten memperjuangkan nasib golongan peneroka, terutamanya berhubung isu pemilikan tanah Felda.
"Di Sembrong 96.5 peratus geran telahpun diserahkan, ini mengambil masa bertahun-tahun, bermakna perjuangan kita untuk warga Felda adalah konsisten, termasuk pada masa dan ketika yang kita sendiri tidak memerintah.
"Sebab itu konsistensi dan hubungan talian kerajaan dengan warga peneroka saya harap akan berterusan, dapat dipertahankan dan dididik dan diwariskan kepada generasi pemimpin politik akan datang, yang akhirnya akan mencorak dan mewarnakan masyarakat dan kepimpinan negara," katanya.
Sementara itu, Ketua Peneroka Felda Bukit Tongkat Mohd Noor Sarugi berkata menerusi penyerahan geran tersebut, semua peneroka menerima hak milik tanah seluas 10 ekar setiap seorang, selain satu tapak rumah.
Menurut Mohd Noor, kesabaran dalam kalangan mereka menanti selama 35 tahun selepas mula meneroka pada 1979, sebelum keluarga dibawa masuk pada 1987 akhirnya membuahkan hasil.
"Walaupun ada antara penerima merupakan generasi kedua dan ketiga, namun mereka turut bersyukur dengan penyerahan geran ini kerana ia diperolehi hasil titik peluh kedua orang tua mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 16 2022
Hishammuddin berkata, beliau sudah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memikirkan sekiranya banjir berlaku ketika PRU15. - Gambar fail
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.