Skip to main content

Malaysia

Minta rasuah RM5,000, perunding projek syarikat swasta direman enam hari

81615009980_SPRMMDBrasuah.jpg
SEREMBAN: Seorang perunding projek syarikat swasta direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta wang rasuah berjumlah RM5,000 sebagai dorongan untuk meluluskan tuntutan kerja projek pembangunan Kompleks Sukan Rembau di sini.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Khas Reman Syed Farid Syed Ali mengeluarkan perintah reman terhadap lelaki berumur 37 tahun itu bermula hari ini, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini.

Lelaki itu ditahan kira-kira 1 tengah hari semalam di sebuah restoran di sekitar Tampin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA





Advertisement

Must Watch Video