awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Minta wang tak dilayan, lelaki ugut ibu guna parang

Sinar Harian
Sinar Harian
15/04/2025
05:30 MYT
Minta wang tak dilayan, lelaki ugut ibu guna parang
Suspek ditahan di kaki lima bangunan sekitar bandar Tawau.
TAWAU: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mengugut mahu mencederakan ibunya menggunakan parang dalam kejadian di kediaman mereka di Jalan Chester, pada Isnin.
Lelaki berusia 30-an itu ditahan kira-kira jam 2 pagi Selasa di sebuah kawasan kaki lima bangunan di sekitar bandar Tawau.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.10 malam apabila suspek bertindak agresif terhadap ibunya.
"Suspek bertindak agresif selepas permintaannya untuk mendapatkan wang tidak dilayan oleh ibunya lalu bertindak mengugut untuk memukul ibunya menggunakan parang.
"Tindakannya itu dikatakan bukan kali pertama berlaku dan turut menyebabkan kerosakan terhadap harta benda jiran," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Susulan kejadian itu, laporan polis telah dibuat oleh adik suspek kira-kira jam 12.06 tengah malam Selasa untuk tindakan selanjutnya.
"Sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau telah berjaya mengesan dan menahan suspek.
"Suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau," katanya.
Jasmin dalam pada itu turut menyeru orang rama agar tidak berdiam diri sekiranya berlaku ancaman atau keganasan di kalangan keluarga.
"Laporkan segera kepada pihak polis agar tindakan awal dapat diambil demi keselamatan semua pihak," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ugut ibu
#pukul ibu
#Sabah
#minta duit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan