Orang ramai dinasihat mengamalkan rutin pemakanan dan penjagaan kesihatan secara konsisten dengan meminum banyak air putih termasuk minuman berisotonik bagi menggantikan garam mineral yang hilang semasa berpeluh ketika musim panas.
Pengarah Kesihatan Perlis Dr Zaini Hussin berkata pengambilan minuman tersebut perlu tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang dilakukan serta untuk memastikan tubuh tidak mengalami dehidrasi.
"Perkara ini tidak harus dipandang ringan terutama bagi kawasan yang mengalami peningkatan suhu melampau sehingga mencecah 39 darjah celcius, seperti di Chuping di sini.
"Kementerian terus memantau keadaan. Setakat ini tiada sebarang kes signifikan berkaitan penyakit akibat cuaca panas seperti serangan strok haba berlaku di Perlis," katanya kepada Bernama ketika dihubungi Rabu.
Selain itu, Dr Zaini berkata orang ramai perlu kerap mandi untuk menyejukkan badan dan sebaiknya berada di dalam kawasan terlindung daripada pancaran matahari iaitu di dalam bangunan atau memakai payung.
"Hadkan sebarang aktiviti luar dan elakkan bersenam ketika cuaca panas bagi mengelakkan badan menjadi letih dan kehilangan banyak air serta terus dapatkan nasihat doktor sekiranya mengalami sebarang masalah kesihatan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri, Rela Ahmad menasihati ibu bapa agar mengawasi aktiviti dilakukan anak-anak terutama di musim cuti sekolah ini.
"Perhatian lebih serius perlu bagi kanak-kanak, kerana dalam usia mereka mungkin lebih mudah diserang penyakit akibat cuaca terlalu panas serta masih kurang daya tahan penyakit," katanya.
Menurut Rela masa yang paling tidak sesuai untuk orang ramai berada di luar ialah antara pukul 11 pagi hingga 3 petang kerana pada tempoh tersebut dikatakan suhu adalah tinggi.
Sehubungan itu, beliau menyarankan mana-mana pihak termasuk agensi kerajaan atau sekolah agar menganjurkan aktiviti pada masa yang sesuai atau pada waktu malam.
Katanya, ancaman penyakit termasuk strok akibat bahang terlalu panas bukan sahaja mudah menyerang kanak-kanak, tetapi juga golongan dewasa dan warga emas jika tidak mengamalkan pemakanan sihat serta menitikberatkan soal kesihatan.
Bernama
Wed Mar 16 2016
Orang ramai dinasihat mengamalkan rutin pemakanan dan penjagaan kesihatan secara konsisten dengan minum banyak air putih ketika musim panas. -Gambar hiasan
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Ahli perniagaan maut ditembak
Ketika sampai di rumah yang disewa mangsa, rakannya keluar dari kereta jenis Toyota Estima yang dinaiki mereka sebelum datang individu tidak dikenali menembak ahli perniagaan itu.
Polis tahan dua lelaki terlibat kes samun di Kuantan
Polis menahan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes samun di sekitar bandar ini dalam serbuan di sebuah rumah dekat Air Putih, di sini malam semalam.