KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan momentum kemenangan tiga kali berturut-turut dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC 3-0, malam ini.
Skuad Harimau Selatan yang bertandang ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras mendahului pada minit ke-18 menerusi jaringan Fernando Frontieri, menjadikan kedudukan kekal 1-0 hingga tamat babak pertama perlawanan.
Beralih babak kedua, skuad City Boys yang buntu tanpa jaringan dihukum bermain dengan hanya 10 pemain selepas D Kenny Pallraj dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari Leandro Velazquez.
JDT memperolehi gol kedua menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Bergson da Silva pada minit ke-81 sebelum menoktahkan kemenangan dengan gol ketiga dijaringkan Bergson pada masa tambahan.
Sementara itu, satu lagi aksi Liga Super berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, pasukan tuan rumah Petaling Jaya City FC meraih mata penuh selepas mengecewakan Terengganu FC 3-0.
Daren Lok muncul penjaring berbisa buat PJ City selepas mencetak jaringan hatrik pada minit ke-12, minit ke-31 dan minit ke-38 untuk selesa mendominasi permainan.
Di KEDAH, pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berjaya memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri selepas menewaskan Sri Pahang FC 1-0 dalam aksi di Stadium Darul Aman, Alor Star.
Jaringan tunggal KDA FC dihasilkan bek tengah, Rodney Celvin Akwensivie pada minit ke-55.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022
JDT menewaskan KL City FC 3-0, malam ini. - Gambar/ FB Johor Southern Tigers
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Malaysia, Uzbekistan akan teroka peluang kerjasama dalam sektor petrokimia
Malaysia dan Uzbekistan bersetuju untuk meneroka peluang kerjasama dalam sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau bersih.
KL City congak strategi tanpa kelibat Kamal Azizi
Pemain pertahanan kelahiran Kuala Berang, Terengganu itu mengalami kecederaan ketika KL City terikat 1-1 bertemu Kuching City FC pada Ahad.
FAM ibaratkan isu tunggakan gaji satu 'penyakit'
Jika masalah gaji tidak ditangani dengan baik, ia boleh menarik perhatian dan tindakan denda oleh FIFA pada masa depan.
Tunggakan gaji KL City: 'Bukan dua bulan, tapi lebih'
Kemelut tunggakan gaji melibatkan para pegawai dan pemain KL City FC yang dilaporkan selama dua bulan sebanyak RM2 juta sebenarnya lebih parah.
Liga Super: Nasib tidak berpihak kepada KL City, JDT cipta rekod 100 gol semusim
JDT mencipta sejarah menjadi kelab pertama menjaringkan 100 gol dalam satu musim Liga Super selepas membelasah Penang FC 8-0.
Terima kasih Kevin Ray Mendoza
Selepas tamat perlawanan, pihak pengurusan pasukan mengumumkan bahawa Kevin bakal meninggalkan kelab bagi menghadapi cabaran baharu.
Piala Malaysia: Morales beri kelebihan tipis buat KL City
Jaringan sepakan penalti dari Romel Morales, pada separuh masa kedua membantu KL City FC menang tipis 1-0 ke atas Sri Pahang FC.
Tidak beraksi pada tahap sebenar punca Perak tewas - Yusri Che Lah
Skuad terpaksa menyerap tekanan pasukan lawan dan keadaan itu menyaksikan banyak kesilapan dilakukan pemain.
Liga Super: KL City kutip mata penuh di Ipoh
Perak FC dibelasah 4-0 di tangan Kuala Lumpur (KL) City FC dalam saingan Liga Super di Stadium Perak.
KL City gagal kuasai derbi Lembah Klang
Selangor kekal menghuni tangga kedua dengan mengumpul 43 mata manakala KL City di tangga ketujuh dengan 28 mata.
Liga Super: KL City belasah Kelantan FC
Kuala Lumpur (KL) City memulakan era di bawah bimbingan Nenad Bacina dengan membelasah kelab tercorot Liga Super, Kelantan FC, 5-1 di Stadium KLFA, sebentar tadi.