awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi besar dua anak Sarawak di luar negara

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2019
11:57 MYT
Misi besar dua anak Sarawak di luar negara
Datuk Mohamad Sadik Kethergany akan bertugas di United Kingdom sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland manakala Westmoreland Edward Palon bakal menjadi Duta Besar Malaysia ke Holy See.
Dua anak Sarawak dilantik sebagai perwakilan Malaysia ke luar negara.
Datuk Mohamad Sadik Kethergany akan bertugas di United Kingdom sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland manakala Westmoreland Edward Palon bakal menjadi Duta Besar Malaysia ke Holy See.
Mohamad Sadik 59 tahun memulakan khidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Kementerian Luar pada 1989.
Beliau pernah bertugas sebagai Konsul Jeneral di New York, Amerika Syarikat selama empat tahun bermula 2004.
Selain itu juga, beliau pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Iran pada 2009 dan Hungary pada 2014.
Westmoreland 50 tahun pula mula berkhidmat sebagai pegawai PTD di Kementerian Luar pada 1996.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Konsul Jeneral di Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne, Australia sejak 2015.
Kedua-dua menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada khamis.
Topic Berkaitan
#anak Sarawak
#Diplomatic
#Duta Besar
#Holy See
#Malaysia
#Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dan Ireland
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan