awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perak bimbang Musyawarah Nasional tidak berjaya
PM Anwar ucap tahniah kepada BN atas kemenangan PRK Kinabatangan, Lamag
Nouri al‑Maliki dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri Iraq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi Flotilla: Malaysia raikan Hari Kebangsaan, wajib merdekakan saudara di Gaza - Sani Araby

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2025
12:15 MYT
Misi Flotilla: Malaysia raikan Hari Kebangsaan, wajib merdekakan saudara di Gaza - Sani Araby
Sani Araby memberikan taklimat ketika penghantaran delegasi kedua Misi Flotilla ke Rom, Itali di KLIA1 pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
SEPANG: Malaysia menghantar tiga kumpulan delegasi bagi menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, sebagai usaha kemanusiaan bersama mendesak penghentian perang serta-merta tanpa syarat dan pembukaan koridor bantuan di Rafah.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby, berkata misi bersejarah ini melihat penyertaan 50 negara dengan penglibatan doktor, aktivis, ahli Parlimen dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO).
“Kami bersatu untuk membawa suara dunia iaitu hentikan perang serta-merta tanpa syarat, dan buka laluan kemanusiaan Rafah,” katanya .
Jelas Sani Araby, kumpulan pertama delegasi Malaysia kini sudah berada di Barcelona, Sepanyol, manakala kumpulan kedua dan ketiga akan berlepas ke Catania, Itali dan Tunisia pada 31 Ogos serta 4 September, setiap kumpulan melibatkan 15 orang.
Sani Araby turut menegaskan, penyertaan Malaysia amat signifikan pada masa ini, tatkala rakyat bakal meraikan kemerdekaan negara.
“Kita yang sudah merdeka, wajib membantu memerdekakan saudara kita di Gaza yang sedang ditindas,” katanya.
Selain Malaysia, misi flotilla turut disertai negara lain termasuk Pakistan, Sri Lanka, Maldives, Indonesia dan Brunei. Orang ramai boleh mengikuti perkembangan menerusi laman risegaza.com.
Topic Berkaitan
#misi flotilla
#misi kemanusiaan
#Kekejaman zionis
#Nadir Al-Nuri
#Global Sumud Flotilla
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan