awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila agama 'berbicara' tentang pendermaan jasad
Ikon Bahasa Melayu Negara Lim San Shien dilantik YDP Debat Statistik Negara 2025
Banjir di Kuching: Jumlah mangsa menurun, PPS meningkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi GSF: Tentera laut Israel ceroboh naik kapal Alma dan Sirius

Bernama
Bernama
01/10/2025
20:55 MYT
Misi GSF: Tentera laut Israel ceroboh naik kapal Alma dan Sirius
Tentera laut Israel telah menceroboh naik dua kapal misi konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu Alma dan Sirius pada 9.44 malam waktu Gaza (2.44 pagi waktu Malaysia) ketika kedua-duanya berada di perairan Zon Merah R3 di Laut Mediterranean.
SEPANG: Tentera laut Israel telah menceroboh naik dua kapal misi konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu Alma dan Sirius pada 9.44 malam waktu Gaza (2.44 pagi waktu Malaysia) ketika kedua-duanya berada di perairan Zon Merah R3 di Laut Mediterranean.
Kapal Alma membawa tiga aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF ke Gaza iaitu Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil manakala Kapal Sirius pula membawa Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli dan Rusydi.
Terdahulu, Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) telah berkongsi maklumat bahawa terdapat sembilan rakyat Malaysia yang berada di atas empat kapal misi GSF gagal dihubungi.
Dua lagi ialah Zizi Kirana (Kapal Huga) dan Ardell (Kapal Mikeno).
SNCC memaklumkan, tindakan rejim Zionis memintas Kapal Alma disahkan secara visual oleh Kapal Morgana manakala bagi Kapal Sirius, isyarat kecemasan atau mayday serta pengesahan visual diterima daripada Kapal Grande Blue.
Bagaimanapun, tiada isyarat SOS diterima daripada kedua-dua kapal.
Tentera laut Israel dipercayai menggunakan radar jammer untuk menyekat komunikasi konvoi berkenaan.
Setakat 2.45 pagi waktu Malaysia, sistem tracker Sumud Nusantara menunjukkan konvoi pelayaran itu berada kira-kira 66.6 batu nautika dari pesisiran pantai Gaza.
Lokasi Zon Merah R3 merupakan lokasi di mana Kapal Handala dirampas oleh tentera laut Israel di perairan antarabangsa, yang melibatkan 21 aktivis dari pelbagai negara pada 27 Julai lepas.
Di zon sama, Kapal Mavi Marmara yang juga dalam misi kemanusiaan ke Gaza telah diserang oleh rejim Zionis pada 31 Mei 2010.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Global Sumud Flotilla
#tentera laut Israel
#Israel ceroboh
#kapal Alma
#kapal Sirius
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami