awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Miskin tegar di Johor turun 92 peratus - Onn Hafiz

Sinar Harian
Sinar Harian
15/06/2024
06:30 MYT
Miskin tegar di Johor turun 92 peratus - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata, sebelum ini seramai 4,378 ketua isi rumah miskin tegar direkodkan, namun sudah dikurangkan kepada hanya 359 ketua isi rumah. - Gambar/ Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Jumlah miskin tegar di negeri ini menunjukkan penurunan lebih 92 peratus bagi tempoh Mac tahun lalu hingga awal Jun ini.

Ringkasan AI
  • Jumlah miskin tegar di Johor mengalami penurunan mendadak sebanyak lebih 92 peratus dari 4,378 ketua isi rumah pada tahun lalu kepada hanya 359 ketua isi rumah pada awal Jun ini.
  • Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengakui bahawa kejayaan ini adalah hasil daripada pelbagai inisiatif kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan seperti Program Keluarga Angkat, Dapur Kasih Johor, bantuan pendapatan, baik pulih rumah, dan bantuan pendidikan.
  • Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, menetapkan matlamat untuk tiada seorang pun ketua isi rumah miskin tegar di Johor pada tahun 2025, menggesa ADUN untuk mengenal pasti golongan terbabit dan menyediakan bantuan yang diperlukan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sebelum ini seramai 4,378 ketua isi rumah miskin tegar direkodkan, namun sudah dikurangkan kepada hanya 359 ketua isi rumah.
"Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan bagi memastikan sifar miskin tegar Johor menjadi satu realiti.
"Antaranya, Program Keluarga Angkat, Dapur Kasih Johor, menyumbang kepada peningkatan pendapatan isi rumah, bantuan baik pulih rumah, bantuan peralatan, latihan dan pendidikan.
"Tahniah dan syabas saya ucapkan atas segala usaha dan gerak kerja yang dilakukan oleh Ahli Dewan Negeri (ADUN), Pejabat-Pejabat Daerah, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Kampung, Penghulu dan semua agensi yang terlibat," katanya dalam muat naik di Facebook pada Sabtu.
Pada 9 Mei lalu, ketika merasmikan pembukaan rasmi Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah agar tiada seorang pun ketua isi rumah bangsa Johor yang berstatus miskin tegar pada 2025.
Baginda bertitah, kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu mencari dan mengenal pasti golongan terbabit di kawasan masing-masing dalam tempoh 19 bulan akan datang dan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan.
Baginda mahu kesemua ADUN daripada pihak kerajaan dan pengimbang terus berkhidmat kepada rakyat dengan memahami keresahan yang dialami bangsa Johor terutama dari aspek kos sara hidup yang meningkat dan ketidakstabilan harga. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#miskin tegar
#Johor
#onn hafiz ghazi
#tunku mahkota ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan