KUANTAN: Air Sungai Kechau Tui, Lipis yang bertukar warna hijau menjadi tanda tanya sehingga tular di laman sosial Facebook pada Khamis.
Gambar perubahan warna air itu dimuat naik seorang pengguna media sosial, Man Teybor menerusi kumpulan Facebook Laman Loghat Pahang (LPP) mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Rata-rata netizen juga terkejut dan ingin mengetahui punca perubahan air sungai itu, malah tidak kurang menganggap kejadian itu penuh misteri.
Ada dalam kalangan mereka mengaitkan dengan kerja-kerja mencuci emas dan penggunaan bahan kimia jenis 'micreury' yang tinggi menyebabkan perubahan air Sungai Kechau Tui.
Mereka juga meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) segera menjalankan siasatan terhadap isu itu.
"Tolong ambil tahu...report (lapor) dan ambil tindakan" tulis seorang pengguna Facebook, Mohamed Johan dalam ruangan komen pada gambar tersebut.
Sementara itu, Pengarah JAS Pahang, Mohd Sani Mat Daud berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan pemantauan di kawasan terbabit telah dilakukan.
"Pada masa ini siasatan giat dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian," jelas beliau.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 09 2021
Antara gambar air Sungai Kechau Tui, Lipis bertukar warna hijau yang dikongsi pengguna FB, Man Teybor menerusi kumpulan FB Laman Loghat Pahang (LPP). -Foto FB Man Teybor
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Misteri air Sungai Kechau Tui bertukar hijau
Rata-rata netizen juga terkejut dan ingin mengetahui punca perubahan air sungai itu, malah tidak kurang menganggap kejadian itu penuh misteri.