awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misteri bau busuk bongkar kes pembunuhan wanita, anak saudara di Semenyih

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
26/04/2025
14:36 MYT
Misteri bau busuk bongkar kes pembunuhan wanita, anak saudara di Semenyih
Naazron Abdul Yusof berkata, polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat bertindak memecah masuk ke rumah terbabit pada malam Jumaat. - Foto fail
KAJANG: Misteri bau busuk yang mencurigakan dari sebuah rumah di Semenyih, di sini akhirnya membawa kepada penemuan mayat seorang wanita berusia 53 tahun dan anak saudaranya berusia 25 tahun, selepas hampir 10 hari mereka tidak kelihatan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, bertindak atas laporan seorang lelaki berusia 48 tahun yang mengesyaki sesuatu pada kakaknya, polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat bertindak memecah masuk ke rumah terbabit pada malam Jumaat.
"Pemeriksaan di dalam rumah menemukan kedua-dua mayat dalam keadaan terbaring di ruang tamu. Tiada kesan pecah masuk atau geledah ditemukan, malah rumah itu juga berkunci dari dalam," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Naazron memberitahu, setakat ini, tiada sebarang tangkapan dilakukan.
Bagaimanapun, polis akan memanggil ahli keluarga dan saksi-saksi terlibat untuk merekodkan keterangan bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh kedua-dua mangsa, namun pihak polis percaya terdapat unsur jenayah dalam kes itu.
"Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Serdang mendapati punca kematian kedua-dua mangsa adalah akibat lemas atau suffocation," ujarnya.
Tambah Naazron, siasatan kini sedang dijalankan termasuk mengenal pasti motif kejadian.
Kes itu menurutnya, disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superitendan Umesh Ratnam Kumar di talian 012-6114900 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#bunuh
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan