awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misteri bau busuk rumah jiran terungkai

Sinar Harian
Sinar Harian
08/04/2022
01:40 MYT
Misteri bau busuk rumah jiran terungkai
Berdasarkan identiti, mayat adalah seorang lelaki berumur 50 tahun dan tinggal bersendirian sejak kematian ahli keluarga yang lain.
NILAI: Bau busuk dihidu jiran membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di sebuah rumah di Kampung Seri Batu 8 Labu, pada Rabu.
Ketua Polis daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pihaknya menerima laporan daripada individu berkenaan bau busuk yang datang dari rumah jirannya kira-kira jam 7 malam.
"Sebaik tiba, polis mendapati rumah berkunci dan pihak bomba telah dipanggil untuk memecahkan pintu rumah berkenaan sebelum menjumpai mangsa yang disyaki telah meninggal dunia lebih kurang empat hari.
"Berdasarkan identiti mayat adalah seorang lelaki berumur 50 tahun dan tinggal bersendirian sejak kematian ahli keluarga yang lain," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Katanya, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan awal tempat kejadian telah dilakukan bersama pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.
"Mayat berkenaan dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat dan siasatan lanjut diteruskan.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penemuan mayat ini boleh menyalurkannya kepada balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#Mohd Fazley Ab Rahman
#Bau busuk dihidu jiran
#Kampung Seri Batu 8 Labu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan