awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misteri bau busuk terungkai, mayat suami isteri ditemui

Sinar Harian
Sinar Harian
16/08/2018
01:36 MYT
Misteri bau busuk terungkai, mayat suami isteri ditemui
Polis menyiasat rumah mangsa selepas menerima laporan bau busuk daripada penduduk setempat. - Foto Sinar Harian
Bau busuk dari rumah seorang peneroka Felda Tenggaroh 3 di sini membawa penemuan mayat pasangan suami isteri yang dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, mayat A Wahab Yusof, 72 tahun, dan Nilam Ibrahim, 70 tahun, ditemui selepas polis menerima laporan orang awam yang mengadu bau busuk pada jam 11.05 malam tadi.
"Polis bertindak memecah masuk rumah berkenaan dan menjumpai dua tubuh manusia, seorang lelaki dan wanita berpakaian telah meninggal dunia di mana keadaan mayat telah membusuk.
"Semasa ditemui mayat wanita dalam keadaan berpakaian dan berada di atas katil. Sementara keadaan mayat lelaki dalam keadaan membusuk, mereput dan berair.
"Siasatan awal polis tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dalam kejadian," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Katanya, kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Mersing bagi tujuan bedah siasat bagi mengetahui tentang punca kematian.
Topic Berkaitan
#A Wahab Yusof
#bau busuk
#Cyril Edrward Nuing
#mayat
#meninggal dunia
#Nilam Ibrahim
#suami isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan