awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan pos Denmark hantar surat terakhir, tamatkan tradisi empat abad
UTM tutup tirai 2025 dengan rekod cemerlang akademik, penyelidikan dan inovasi
Kementerian Perpaduan gerak visi Membina Negara Bangsa 2026 - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misteri Dilaila pungut RM4 juta selepas lima hari tayangan

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
26/02/2019
08:30 MYT
Misteri Dilaila pungut RM4 juta selepas lima hari tayangan
Misteri Dilaila sudah meraih kutipan sebanyak RM4 juta sejak lima hari ditayangkan.- Gambar Twitter/mbocinemas
Sudahkah anda berjaya merungkai Misteri Dilaila?
Sejak ditayangkan, filem ini menjadi buah mulut masyarakat Malaysia yang menontonnya.
Ini merupakan sesuatu yang baharu sehingga rakyat Malaysia seperti bermain puzzle dalam menyelesaikan penghujung filem ini.
Setakat ini filem usahasama Skop Productions dan Astro Shaw itu sudah berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM4 juta sejak lima hari ditayangkan.
Sebelum ini, pengarah filem Misteri Dilaila, Syafiq Yusof berkata, dia tidak meletakkan sebarang sasaran kutipan bagi filem ini dan hanya mahukan penonton terhibur semasa menonton filem tersebut.
“Kita (Skop Production) tidak pernah letak berapa jumlah kutipan. Itu semunya di tangan Allah.
“Saya harap orang tengok ramai-ramai dan menikmatinya. Itu matlamat saya supaya orang terhibur menonton filem ini.,” katanya ketika dihubungi di Astro AWANI baru-baru ini.
Filem yang dibarisi pelakon seperti Zul Arrifin , Rosyam Nor, Namron, Elizebeth Tan, Sasqia Dahuri dan Mas Khan itu telah menjalani pengambaran di Bukit Fraser, Pahang.
Misteri Dilaila sudah mula ditayangkan di 131 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei sejak 21 Februari lalu.
Topic Berkaitan
#Astro Shaw
#Misteri Dilaila
#RM4 juta kutipan
#Skop Production
#Syafiq Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan