awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MITA gesa kerajaan keluar SOP sebelum kemasukan pelancong China Isnin ini

Bernama
Bernama
03/01/2023
09:08 MYT
MITA gesa kerajaan keluar SOP sebelum kemasukan pelancong China Isnin ini
Presiden Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) Uzaidi Udanis ketika sidang media selepas majlis pengenalan Mihara Aviation di ibu kota hari ini. - Foto BERNAMA
SERDANG: Majlis Pelancongan Malaysia (MITA) menggesa kerajaan agar mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas sebelum kedatangan pelancong dari China bermula Isnin ini.
Presiden MITA Uzaidi Udanis berkata ini sebagai persediaan kepada pemain industri terlibat antaranya syarikat penerbangan dan petugas barisan hadapan.
"Kami cadangkan kerajaan keluarkan SOP ini pada 5 Jan dan dengan tarikh ini kita boleh menerima SOP tersebut tanpa rasa gusar. Kami berharap kerajaan boleh umum secepat mungkin supaya kami boleh akur dan patuh SOP tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis pengenalan MIHARA Aviation di sini, hari ini.
China dilapor akan membuka semula sempadannya pada 8 Jan ini selepas hampir tiga tahun ditutup berikutan pandemik COVID-19, namun timbul kebimbangan apabila berlaku lonjakan ketara kes COVID-19 di negara itu baru-baru ini.
Dalam pada itu, Uzaidi berkata kolaborasi MITA bersama MIHARA Aviation, sebuah syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan pesawat ringan untuk rekreasi udara bakal menjadi produk baharu ejen pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong menghayati keindahan ibu kota dari udara.
Beliau berkata MIHARA Aviation juga akan bekerjasama dengan lebih banyak syarikat pelancongan bagi menghidupkan semula industri pelancongan menerusi perkhidmatan 'Helicopter Tour' di sekitar ibu kota.
"Ini amat penting untuk kita mempunyai produk yang berinovasi, baharu dan kreatif agar dapat menarik pelancong melawat negara ini setiap tahun," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MITA
#SOP
#Pelancong China
#Uzaidi Udanis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan