KUALA LUMPUR: Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA) mengumumkan kenaikan 20 peratus harga penyewaan bas dan van persiaran bermula Isnin ini susulan peningkatan harga diesel di Semenanjung yang melebihi 50 peratus.
Bagaimanapun, Presidennya, Leong Hoon Min, berkata kenaikan itu hanya bersifat sementara sebelum menunggu keputusan kerajaan untuk memasukkan bas dan van persiaran dalam kategori Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0.
"Kami di MITA sokong tindakan kerajaan untuk mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan masalah ini namun tempoh menunggu yang lama iaitu akhir bulan Jun atau Julai ini, agak membebankan.
"Tambahan pula Jun dan Julai adalah summer holiday, maka semestinya permintaan kepada penggunaan sewaan bas dan van pelancong juga akan meningkat.
"Kenaikan harga diesel menyebabkan kos operasi bas dan van persiaran meningkat secara mendadak sekali gus membebankan pengusaha dan memberi impak kepada tempahan awal pelancong," katanya pada sidang media di sini, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Hoon Min berkata, Mita juga akan sentiasa memantau kenaikan harga berkenaan dari semasa ke semasa selaras dengan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan.
Pada masa sama, beliau menasihati agensi-agensi pelancongan supaya tidak mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan harga pakej melainkan menaikkan harga sewaan bas atau van harian.
Pada 10 Jun lalu, harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.
Sebelum ini, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, untuk tempoh seterusnya, harga diesel akan diumum setiap minggu mengikut amalan semasa Kementerian Kewangan dan kerajaan terus memantau keadaan bagi mengelakkan ketidakstabilan harga.
Umavathi Ramayah
Fri Jun 14 2024

Leong Hoon Min, berkata kenaikan itu hanya bersifat sementara sebelum menunggu keputusan kerajaan untuk memasukkan bas dan van persiaran dalam kategori Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0. - Gambar hiasan/Bernama

Berita Biden hidap kanser “sangat sedih”, tetapi kenapa tidak didedahkan lebih awal? - Donald Trump
Presiden AS 'tuduh' doktor yang jalankan pemeriksaan ke atas Biden ketika masih berkhidmat sebagai Presiden gagal mengesan kanser tersebut.

Seorang maut, empat cedera nahas beberapa kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai pemandu treler yang sedang membawa muatan batu kapur dari Simpang Pulai, Ipoh.
Ukraine, Rusia akan mula rundingan gencatan senjata segera - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Isnin mengumumkan bahawa Rusia dan Ukraine akan memulakan rundingan segera ke arah gencatan senjata dan menamatkan konflik yang telah berlarutan selama tiga tahun.
UK, EU capai perjanjian penting sejak Brexit
Britain dan Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mencapai perjanjian semula paling signifikan sejak Brexit.
Houthi umum sekatan maritim pelabuhan Haifa, Israel
Kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman umum sekatan maritim ke atas pelabuhan Haifa di Israel pada Isnin.

Israel benarkan bantuan ke Gaza, PBB sifatkan "setitis dalam lautan"
Lima lori bantuan yang membawa makanan bayi dan bekalan asas telah dibenarkan memasuki Gaza melalui lintasan Kerem Shalom pada Isnin.
Britain, Perancis, Kanada ugut Israel henti serangan di Gaza
Pemimpin tertinggi Britain, Perancis dan Kanada pada Isnin mengeluarkan kenyataan bersama memberi amaran kepada Israel agar menghentikan serangan ketenteraan terbaharu di Gaza dan menarik balik sekatan bantuan kemanusiaan.
Sepanyol desak Israel dikecualikan daripada acara budaya
Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, pada Isnin menggesa agar Israel dikecualikan daripada menyertai acara budaya antarabangsa seperti pertandingan Eurovision susulan kempen ketenteraan negara itu di Gaza.

Jejak Al-Haramain: Che Lah sempat bergambar sebagai kenangan
Allahyarham suka bergambar sejak di Madinah lagi dan sering menggunakan alasan sebagai kenangan peribadi.
Kementerian Perpaduan Negara lulus RM2.1 juta untuk program misi Sukarelawan Siswa
Kementerian Perpaduan Negara meluluskan RM2.1 juta bagi memperkasa program MADANI Berkhidmat Sukarelawan Siswa dan inisiatif kesukarelawanan di dalam dan luar negara.

Asas ekonomi Malaysia kukuh, KDNK suku pertama capai 4.4 peratus - Amir Hamzah
Ekonomi Malaysia terus mencatat pertumbuhan memberangsangkan apabila Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara berkembang sebanyak 4.4 peratus pada suku pertama 2025 (S1 2025).

GLIC laksana dasar gaji kehidupan untuk semua pekerja tetap warganegara Malaysia
GLIC secara kolektif melaksanakan dasar gaji kehidupan, memastikan semua pekerja tetap warganegara Malaysia memperoleh pendapatan melebihi ambang gaji bulanan.

Pendirian ASEAN berkecuali beri impak positif - Amir Hamzah
ASEAN secara konsisten mengekalkan pendirian berkecuali dalam hubungannya dengan Amerika Syarikat (AS) dan China.

Keputusan OPR BNM dibuat berdasarkan pendekatan berhemat - Amir Hamzah
Katanya, susulan kadar OPR yang rendah pada 1.75 peratus semasa COVID-19, BNM telah ambil pendekatan berhemat dan secara berperingkat.

Malaysia tidak akan terlalu tumpu pada unjuran pertumbuhan tetapi fokus kepada bina daya tahan - Amir Hamzah
Tumpuan perlu diberi kepada membina daya tahan dan mekanisme dan dasar yang tepat untuk terus berkembang dalam ketidaktentuan global.

Malaysia berusaha kekalkan hubungan baik dengan AS - Amir Hamzah
Katanya, persefahaman dan pendekatan bersama itu boleh dilakukan kerana kedua-dua negara saling menghormati perkongsian yang terjalin.

Pelaburan domestik, MoU dengan China pacu industri baharu - Amir Hamzah
Inisiatif Anwar menerusi banyak lawatan negara luar untuk meningkatkan hubungan dengan rakan dagang dapat membantu Malaysia pada masa depan.

Tarif Trump: Tengku Zafrul, Amir Hamzah ke White House bawa suara ASEAN
Fahmi berkata, perbincangan bersama pentadbiran White House itu adalah usaha Malaysia membawa suara ASEAN dalam menangani impak tarif secara bersama.

Malaysia yakin AIF jadikan ASEAN lebih mampan, berdaya tahan dan inklusif - Amir Hamzah
Tabung Infrastruktur ASEAN (AIF) adalah mekanisma yang penting untuk menangani cabaran yang wujud dalam pembangunan infrastruktur serantau, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

ASEAN suara kebimbangan perniagaan antarabangsa di rantau ini akan terjejas oleh tarif AS
Komuniti perniagaan memaklumkan kesan daripada tarif ini boleh menjejaskan pelaburan Amerika di rantau ini.