awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MITI akan siasat isu syarikat semikonduktor Malaysia dikenakan sekatan oleh AS

Bernama
Bernama
04/06/2024
06:32 MYT
MITI akan siasat isu syarikat semikonduktor Malaysia dikenakan sekatan oleh AS
Amir Hamzah berkata perkara tersebut perlu dilihat sepenuhnya terlebih dahulu oleh MITI, selaku agensi penyelaras. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan melakukan siasatan lanjut susulan tindakan sekatan yang dikenakan oleh Amerikat Syarikat (AS) terhadap sebuah syarikat Malaysia berkaitan semikonduktor.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata perkara tersebut perlu dilihat sepenuhnya terlebih dahulu oleh MITI, selaku agensi penyelaras memandangkan syarikat itu antara kira-kira 300 syarikat di dunia yang dikenakan sekatan oleh AS.
"Lebih baik MITI memahami isu itu kalau ada apa-apa atau benar-benar berlaku," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Media antarabangsa melaporkan AS telah mengenakan sekatan terhadap kira-kira 300 entiti termasuk firma semikonduktor Malaysia, Jatronics Sdn Bhd kerana didakwa membekalkan tentera Rusia dengan komponen elektronik berkaitan.
Bagaimanapun, katanya beliau difahamkan bahawa syarikat itu bukannya syarikat pengeluar semikonduktor tetapi syarikat perdagangan yang menjual perkakasan berkaitan industri semikonduktor.
"Malaysia adalah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka. Bagaimanapun, kita mahu mereka menjalankan perniagaan dengan cara yang betul.
"Oleh itu, biar siasatan dijalankan dan kita lihat hasilnya. Apa yang penting Malaysia tidak akan bertolak ansur kalau ada apa-apa yang tidak elok dilakukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MITI
#syarikat semikonduktor Malaysia
#siasatan
#Amir Hamzah Azizan
#dikenakan sekatan
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan