KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang berbincang dengan syarikat pengeluar kenderaan tempatan Proton dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) untuk mempercepatkan pengeluaran kenderaan elektrik nasional dan menawarkan pilihan kenderaan elektrik (EV) mampu milik, kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Tengku Zafrul turut menegaskan pada masa yang sama garis panduan semasa permit import (AP) turut ditambah baik dengan memberikan fleksibiliti ke atas kuantiti maksimum pengimportan kenderaan secara yang dipasang sepenuhnya (CBU) bagi kajian pasaran pra-pemasangan (Market Research Pre-Assembly - MRA) untuk EV supaya syarikat-syarikat pemasangan tempatan lebih berpeluang menilai keperluan pasaran baharu untuk segmen EV sebelum memulakan pengeluaran.
"Langkah penambahbaikan ini juga dijangka akan memberi lebih pilihan EV untuk ditawarkan dalam pasaran kepada rakyat," katanya pada sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai hala tuju MITI bagi mendepani tahun 2023 dalam aspek meningkatkan pelaburan strategik, penjanaan peluang pekerjaan dan pembangunan kluster perindustrian baharu yang dibangkitkan ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat, Tengku Zafrul berkata MITI telah memperkenalkan Dasar Pelaburan Baharu berteraskan Aspirasi Pelaburan Nasional yang telah dilancarkan pada 6 Okt 2022 bagi mempercepatkan pertumbuhan jangka panjang Malaysia melalui pelaburan berkualiti yang mampan dalam bidang pertumbuhan baharu.
"Bagi tempoh Januari sehingga September 2022, Malaysia telah menarik sejumlah RM193.7 bilion pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan, sektor perkhidmatan dan sektor utama yang melibatkan 2,786 projek dan dijangka mewujudkan 98,414 peluang pekerjaan di negara ini," katanya.
Menjawab persoalan Datuk Wira Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) mengenai pelaburan yang direkodkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Tengku Zafrul berkata secara umumnya, projek-projek yang diluluskan akan mengambil masa antara 12 hingga 24 bulan untuk dilaksanakan.
"Daripada jumlah pelaburan yang diluluskan tersebut, jumlah pelaburan yang direalisasikan adalah antara 75 peratus hingga 80 peratus dan kita harus memantau proses ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023
TENGKU ZAFRUL: Langkah penambahbaikan ini juga dijangka akan memberi lebih pilihan EV untuk ditawarkan dalam pasaran kepada rakyat. - Gambar fail/WEF
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Nilai tambah KDNK sektor pembuatan naik 5.5 peratus suku ketiga 2024 - MITI
Nilai tambah Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi sektor pembuatan meningkat kepada RM97.4 billion pada suku ketiga 2024.
Segmen E&E catat pelaburan direalisasikan sebanyak RM4.8 bln sehingga Jun 2024 - MITI
Prestasi pelaburan tersebut bersamaan 69.5 peratus daripada nilai pelaburan yang direalisasikan untuk sektor perkilangan.
Belum ada cadangan untuk Malaysia sertai New Development Bank setakat ini - MITI
Sekiranya terdapat keperluan menyertai NDB, Malaysia perlu bersedia untuk menyumbang kepada institusi kewangan itu.
MITI sedia kukuhkan rantaian bekalan global melalui ekonomi ASEAN - Tengku Zafrul
Malaysia sedang berusaha untuk menyelaraskan dirinya dengan visi rantau itu yang lebih besar dalam menarik pelaburan yang tepat ke Asia Tenggara.
Kerajaan optimis sasaran pelaburan SSN akan tercapai - MITI
Pada 2023, sektor semikonduktor menyumbang 82 peratus daripada RM84.5 bilion jumlah pelaburan yang diluluskan bagi projek E&E.
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa.
Kerajaan beri insentif bagi pembangunan infrastruktur pengecas EV - MITI
Kerajaan kekal memberikan insentif untuk pembangunan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik (EV) walaupun tidak dinyatakan secara khusus di dalam Belanjawan 2025.
MITI umum laporan mengenai impak kapasiti berlebihan produk China tidak lama lagi - Liew
MITI akan mengumumkan hasil laporan mengenai impak kapasiti berlebihan dari China terutama dalam industri besi dan keluli tidak lama lagi.
Malaysia dan Peru kukuhkan kerjasama ekonomi terutama dalam sektor halal
Menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) terbaru, Malaysia akan menyokong usaha Peru untuk membangunkan rangka kerja pensijilan halal.
Pendekatan MITI di APEC pastikan yang berdaya tahan - Tengku Zafrul
Pendekatan strategik MITI di AELW APEC ke-31 2024 termasuk untuk memastikan ekonomi global yang berdaya tahan dan inklusif.