awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mitos berkaitan kesihatan mudah tersebar di laman sosial

Bernama
Bernama
09/12/2017
20:20 MYT
Mitos berkaitan kesihatan mudah tersebar di laman sosial
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata antara mitos yang sering diperkatakan termasuk vaksinasi dan penyakit kanser. -Gambar fail
Pelbagai mitos berkaitan kesihatan yang ada antaranya boleh membawa kesan negatif kepada masyarakat kini semakin mudah tersebar terutamanya melalui laman sosial.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata antara mitos yang sering diperkatakan termasuk vaksinasi dan penyakit kanser.
"...yang mengejutkan ada kalangan golongan berpendidikan menolak vaksinasi walhal kita sudah memastikan semua vaksin diberikan halal dan selamat," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran buku 'Perang Melawan Mitos' di sini hari ini.
Beliau berkata akibat terlalu percaya terhadap mitos diperoleh daripada laman sosial, anak-anak terpaksa menanggung kesan negatif daripada tindakan yang diambil itu.
"Bilangan yang menolak vaksinasi semakin meningkat dan kita berharap mitos mengenai kesan vaksinasi akan dapat dihentikan untuk kebaikan bersama," katanya.
Buku Perang Melawan Mitos merupakan kompilasi soalan popular yang diajukan dalam laman sosial Twitter dan dijawab oleh anggota MedTweetMy, dan dijual dengan harga RM35 di rangkaian kedai buku MPH.
MedTweetMy ialah kumpulan pakar kesihatan yang terdiri daripada 51 anggota daripada 38 bahagian kepakaran kesihatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Hilmi Yahaya
#kepakaran kesihatan
#kesihatan
#laman sosial
#medtweetmy
#Pakar Kesihatan
#Perang Melawan Mitos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan