PUTRAJAYA: Satu jawatankuasa pemantauan akan ditubuhkan untuk memastikan peruntukan RM27.19 juta di bawah Geran Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Malaysia (PPSMI) 2023 disalurkan dengan telus.
Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) Datuk R.Ramanan berkata jawatankuasa pemantauan PPSMI itu akan dipengerusikan beliau sendiri, yang antara lain bertujuan mengadakan lawatan mengejut ke organisasi yang menerima geran dan turun padang menyertai program dijalankan oleh organisasi itu.
"Saya juga akan hantar pegawai MITRA buat pemeriksaan mengejut untuk melihat bagaimana sesuatu program itu dikendalikan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat kelulusan PPSMI fasa pertama di sini pada Isnin.
Sebanyak 183 organisasi atau badan bukan kerajaan berasaskan pendidikan, kebajikan, ekonomi dan latihan kerjaya menerima geran berjumlah RM27.19 juta semalam.
Secara keseluruhannya, geran PPSMI adalah berjumlah RM30 juta.
Bagi fasa kedua, Ramanan berkata ia kini pada peringkat penilaian organisasi dan peruntukan akan disalurkan secepat mungkin kepada organisasi yang melepasi saringan.
"Saya berharap semua organisasi yang menerima geran dapat bersama-sama memainkan peranan proaktif dalam memastikan bantuan yang diberikan benar-benar sampai kepada individu dan kumpulan yang disasarkan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Malaysian Biotechnology Information Centre (MABIC) Dr A. Mahaletchumy berkata peruntukan yang diterima oleh MABIC akan digunakan bagi percetakan kandungan bahasa Tamil dalam akhbar bulanan sains berbahasa Inggeris 'The Petri Dish' terbitan organisasi itu.
Mahaletchumy berpendapat masyarakat India khususnya masih ketinggalan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta bioteknologi, justeru kandungan bahasa Tamil akan membantu golongan itu untuk 'buka mata' terhadap bidang baharu yang boleh diterokai.
Menurutnya akhbar itu akan turut diedarkan ke 525 sekolah Tamil seluruh negara secara percuma dan dana yang diterima juga akan digunakan bagi penganjuran pertandingan sains.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 27 2023
Bagi fasa kedua, Ramanan berkata ia kini pada peringkat penilaian organisasi dan peruntukan akan disalurkan secepat mungkin kepada organisasi yang melepasi saringan. - Foto fail/BERNAMA
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Ramanan masih Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra
Ramanan yang baru dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, kekal memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra.
Mitra terima penarafan risiko 'rendah' daripada SPRM
Pemakluman itu dibuat secara rasmi kepada Mitra melalui satu surat ditandatangani Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM.
Mitra telah agihkan RM62 juta kepada lebih 100,000 penerima
Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Mitra Datuk R. Ramanan berkata bantuan itu turut disalurkan ke Program Bantuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Mitra Untuk Masyarakat India.
Pegawai SPRM dipinjam ke Mitra, pantau pengurusan dana
Seorang pegawai SPRM akan dipinjamkan ke Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).
Mitra disaran kerjasama dengan RISDA bantu wanita India ikuti TVET - Ahmad Zahid
Beliau turut berharap Mitra dapat mencari pembiayaan untuk wanita pelbagai bangsa di Bagan Datuk yang mahu mencari pendapatan sampingan.
Permohonan subsidi yuran IPT masih dibuka - Mitra
Mitra masih lagi membuka permohonan bagi subsidi bayaran yuran semester sekali bayar sebanyak RM2,000 sehingga 15 Sept ini.
Program Kompetensi KKP NIOSH-Mitra diperluas kepada golongan M40
Program Kompetensi KKP anjuran bersama NIOSH dan Mitra kini diperluas bagi merangkumi belia India daripada golongan M40.
Mitra: Bekas pengerusi, bendahari PWBSM didenda guna baucar bayaran palsu
Tindakan bekas Pengerusi PWBSM dan bekas bendaharinya menggunakan dua baucar bayaran palsu bagi peruntukan dana di bawah Mitra mengundang padah apabila mereka didenda di mahkamah.
Mitra peruntuk RM20 juta bantu ringan beban pelajar B40 India di universiti awam
Mitra memperuntukkan RM20 juta untuk Program Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda bagi pelajar India B40 di universiti awam.
Mitra papar setiap penerima dana, pulihkan imej
Setiap penerima dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) akan dipaparkan dalam laman rasmi www.mitra.gov.my.