DREBAR
Mitsubishi ASX sekarang dengan jaminan 5 tahun


Baik pulih percuma ini termasuk kos tenaga kerja, pelincir, penapis minyak, minyak transmisi, penapis bahan api, cecair brek, cecair penyejuk, dan beberapa barang lagi. Tetapi, pakej ini hanya terhad kepada 1,000 unit ASX yang pertama sahaja.
Dijual pada harga RM117,334.31 (pacuan dua roda) dan RM131,829.59 (pacuan semua roda), Mitsubishi ASX ini dipasang enjin 2.0-liter yang menjana 148hp dan 197Nm. (Harga termasuk insurans dan GST)
Baru-baru ini MMM ada melaporkan bahawa Mitsubishi ASC pemasangan tempatan ini banyak menyumbang kepada jumlah jualan yang meningkat tinggi bagi tahun 2014 sejak mula diperkenalkan pada bulan Februari. Daripada 14,184 unit kenderaan yang terjual, 3,299 adalah daripada ASX ataupun 23% dari jumlah keseluruhan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami