DREBAR
Mitsubishi edisi khas oleh Rizalman


Antara yang menjadikannya unik ialah model ini hanya boleh didapati di dalam warna Kelabu Titanium dengan spesifikasi pacuan 4 roda. Selain itu, ia turut dihiasi dengan jalur kelabu yang merentasi bahagian tengah kereta itu, dari bonet hinggalah ke belakang.
Antena standard pendek pada ASX biasa juga ditukar kepada jenis ‘shark fin’, manakala spoiler belakang dipadankan terus dengan lampu brek ketiga jenis LED.
Bahagian dalam ASX Designer Edition ini dihiasi kerusi kulit dengan kombinasi warna baharu. Warna-warna kelabu dan kuning dipilih untuk mencerminkan kualiti lasak model ini. Motif warna yang sama turut dilihat pada tombol gear dengan jahitan tangan yang menarik.
“Warna-warna kelabu dengan tona berbeza yang digunakan pada SX Designer Edition ini menampakkan kelasakkannya sebagai jentera di atas jalan dan keadaan sukar. Kami menampilkan kuning sebagai elemen kontras terutamanya pada bahagian dalam,” komen Rizalman Ibrahim yang sudah berkecimpung di dalam bidang ini sejak tahun 1994.

Mitsubishi ASX Designer Edition ini dijual dengan harga RM131, 801.50 (harga atas jalan dengan insurans). Pemasangan standard termasuk bumbung panoramik, pedal tukar gear di stereng, kunci pintar dengan butang mula, dan filem cermin keselamatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami