KULAI: Kerajaan Perpaduan menyokong usaha untuk menjadikan media tempatan bebas dalam membuat laporan berita menerusi penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC).
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata, langkah itu adalah sebagai satu kaedah semak dan imbang, dengan agensi media dan individu perseorangan perlu dipertanggungjawabkan terhadap pelaporan berita mereka.
"Sudah pasti (menyokong kebebasan media tempatan), tetapi media perlulah bertanggungjawab terhadap laporan mereka agar tiada pertelingkahan timbul, kerana kadangkala kita terima aduan daripada masyarakat awam contohnya ada gambar kanak-kanak bawah umur dipaparkan, berita palsu atau 'berat sebelah', itu bukan pelaporan yang bertanggungjawab.
"..sekiranya tindakan terhadap media diambil oleh kerajaan, itu akan menimbulkan persoalan adakah wujud motif di sebalik tindakan itu, jadi lebih baik satu badan bebas ditubuhkan demi kebaikan industri media tempatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Larian Amal Putra IOI di sini hari ini.
Ahli Parlimen Kulai itu berkata demikian ketika ditanya mengenai sama ada penubuhan MMC bakal memberi jaminan kebebasan media tempatan secara sepenuhnya atau sebaliknya.
Justeru, Teo berharap Rang Undang-Undang (RUU) berhubung penubuhan MMC boleh dibawa ke Parlimen tahun ini agar usaha menubuhkan majlis berkenaan dapat direalisasi dalam waktu terdekat.
Beliau berkata dengan adanya MMC yang bakal dikendali pihak industri sendiri, ia mampu meningkatkan imej dan kredibiliti agensi media tempatan dalam kalangan masyarakat.
Katanya ahli MMC akan melibatkan beberapa kategori dengan majoriti daripadanya merupakan pemain industri media tempatan.
"Kategori pertama adalah pemilik syarikat atau agensi media, kedua adalah petugas media atas kapasiti individu dan ketiga pula pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan industri media termasuk ahli akademik.
"Beberapa wakil kerajaan akan turut serta (sebagai ahli majlis) namun majlis itu akan tetap dikendalikan sepenuhnya oleh pemain industri sendiri bagi memastikan ia bebas daripada kawalan kerajaan," katanya.
Pada 11 Mei lepas, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dilaporkan berharap Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan MMC boleh dibentangkan di Parlimen sebelum hujung tahun ini sama ada dalam sesi Oktober, atau mungkin Februari atau Mac 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2023
Kata Teo, ahli MMC akan melibatkan beberapa kategori dengan majoriti daripadanya merupakan pemain industri media tempatan. - Gambar fail/Astro AWANI
Buletin AWANI Khas: Mesyuarat khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Kod Etika Wartawan Malaysia tegakkan hak masyarakat dapat maklumat sahih - MPI
Kod Etika Wartawan Malaysia tidak hanya memelihara kredibiliti dan integriti media, malah menegakkan hak masyarakat mendapat maklumat yang dipercayai dan sahih.
Perkasa hubungan baik media Malaysia-Indonesia, perangi berita palsu negara serumpun
Hubungan baik di antara wartawan Malaysia dan Indonesia perlu diperkasa dan diteruskan dalam usaha memerangi penyebaran berita-berita palsu dan naratif buruk membabitkan kedua-dua negara serumpun itu.
Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M palsu
Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.
MoF nafi Nurul Izzah dibayar sebagai penasihat Laksana
MoF menafikan dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dibayar sebagai Penasihat kepada Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana).
Politik kaum dan agama ‘mencair’ di Indonesia, merebak pula di Malaysia
Katanya, tumpuan ialah pada tawaran oleh calon yang lebih substantif dan dekat di hati pengundi berbanding kempen yang berteraskan identiti.
Langgar polisi, TikTok buang 1.5 juta video pengguna Malaysia
Kebanyakan video yang dipadam ini adalah kandungan peperangan Rusia dan Ukraine serta turut terkesan adalah video politik Malaysia.
ASEAN iktiraf usaha Malaysia tangani penyebaran maklumat palsu
ASEAN mengiktiraf usaha-usaha Malaysia untuk membanteras maklumat palsu dengan mendedahkan latihan berkaitan fact-checking kepada orang ramai.
Ahli Parlimen bertanggungjawab semak maklumat sebelum buat kenyataan - Nie Ching
Setiap Ahli Parlimen bertanggungjawab menyemak maklumat yang diterima sepenuhnya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkaitan COVID-19
Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO Datuk Lokman Noor Adam daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu.
Keputusan Lokman Adam sebar berita palsu 7 November ini
Hakim, N Priscilla Hemamalini menetapkan tarikh itu selepas memaklumkan nota keterangan di akhir kes pendakwaan ini, masih belum disediakan.