Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah mengemukakan empat model baharu bagi menggantikan monopoli Padiberas Nasional Bhd (Bernas) yang bakal berakhir pada Januari 2021.
Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata cadangan model itu akan dinilai terlebih dahulu oleh satu jawatankuasa khas dianggotai lapan kementerian yang telah diwujudkan.
"Kami telah kemukakan empat model ini dan terpulang kepada jawatankuasa khas untuk pilih model terbaik dan akhirnya model itu yang akan dibawa kepada jemaah Kabinet untuk diputuskan dan ditentukan sebagai model terakhir," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas Program Suara Harapan terbitan Bernama Radio di Wisma Bernama, di sini, pada Isnin.
Beliau berkata kerajaan juga tidak mahu terburu-buru memperkenalkan model baharu itu bagi menggantikan Bernas kerana ia melibatkan soal keselamatan makanan negara.
"Memandangkan monopoli Bernas akan berakhir 2021, kami ada masa lagi untuk mencari model terbaik," katanya.
Sebelum ini Salahuddin dilaporkan berkata tiga jawatankuasa khas di bawah kementeriannya telah ditubuhkan dalam usaha kerajaan untuk menunaikan satu daripada janji manifesto Pakatan Harapan bagi menamatkan monopoli Bernas.
Penamatan monopoli Bernas itu juga sebagai langkah proaktif bagi menjamin kestabilan harga beras di samping menjaga kepentingan petani.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 12 2018
Salahuddin berkata kerajaan tidak mahu terburu-buru memperkenalkan model baharu bagi menggantikan Bernas kerana ia melibatkan soal keselamatan makanan negara. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
BERNAS perlu umum harga siling beras putih import - Syed Abu Hussin
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) digesa mengumumkan harga siling bagi beras putih import (BPI) untuk disebarkan kepada umum.
BERNAS anjur Program Ikhlas Back To School, agih barang keperluan sekolah
Pengagihan melibatkan 200 murid terpilih dari keluarga kurang berkemampuan dan akan mula bersekolah Tahun Satu bagi sesi Mac 2024/2025.
Mohamad Sabu tegaskan beras cukup, mampu tampung empat hingga lima bulan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jumlah stok beras tempatan sehingga 3 Oktober 2023 adalah sebanyak 820,482 tan metrik.
BERNAS sangkal produk beras ada campuran plastik
Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) memberi jaminan bahawa beras import yang dibekalkan oleh syarikat itu adalah tulen dan selamat untuk penggunaan orang ramai.
BERNAS sokong usaha kerajaan pastikan bekalan beras mencukupi
BERNAS menyalurkan sebanyak 630,000/TM dari Januari hingga Ogos 2023 iaitu peningkatan 38 peratus.
AIGA2022: Bernas muncul pemenang Anugerah Platinum
Padiberas Nasional Berhad (Bernas) muncul pemenang Anugerah Platinum Intergriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022.
Bantuan Khas BERNAS disalur kepada pesawah mulai 16 Januari
Bantuan khas BERNAS akan diberikan kepada tiga buah negeri di Pantai Timur terlebih dahulu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
[LAPOR LANGSUNG] Anwar adakan pertemuan dengan Ismail Sabri, bincang isu semasa
Anwar berkata beliau menghargai kesudian bekas PM merangkap Naib Presiden UMNO itu untuk bertemu dan bertukar pandangan dengannya.
Dewan Rakyat: NAFAS dilantik pemborong tunggal insentif benih padi
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melantik Pertubuhan Peladang Kebangsaan sebagai pemborong tunggal di bawah program Insentif Benih Padi Sah untuk membuat pembekalan terus kepada pesawah.
Kami tidak pernah abai kepentingan rakyat - Bernas
Pemantauan kilang-kilang padi swasta bukanlah di bawah bidang kuasa Bernas dan kami tidak mempunyai sebarang hak untuk campur tangan dalam urusan operasi dan urusniaga mereka.