awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOA perketatkan kawalan kemasukan cili import - Salahuddin

Bernama
Bernama
23/12/2018
11:21 MYT
MOA perketatkan kawalan kemasukan cili import - Salahuddin
Kerajaan telah menggantung import permit cili merah Vietnam sejak 14 Sept lepas. - Gambar hiasan/Pexel
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memperketatkan kawalan kemasukan cili import yang tidak menepati tahap piawaian kualiti, keselamatan dan peraturan lain yang berkaitan racun perosak di pintu masuk negara, kata Menterinya Datuk Salahuddin Ayub.
Beliau berkata kerajaan telah menggantung import permit cili merah Vietnam sejak 14 Sept lepas setelah didapati mempunyai sisa racun perosak melebihi tahap yang dibenarkan namun hasil tani itu dikesan diseludup masuk untuk dijual dalam pasaran negara.
Katanya sejak penggantungan tersebut, MOA menerusi Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Pemeriksaan Malaysia (Maqis) juga bekerjasama dengan Jabatan Kastam dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mempertingkatkan kawalan kemasukan serta lambakan cili import di pasaran.
"Terdapat satu kes baharu iaitu pada 17 Dis lepas. Maqis telah menahan tiga buah kontena di Pelabuhan Klang yang mengandungi cili dari Vietnam, yang dibawa bersama buah naga tanpa dokumen sah dan permit import.
"Berdasarkan pemeriksaan pada kontena terbabit, kuantiti cili yang ditahan adalah sebanyak 14,250 kilogram pada setiap kontena," katanya kepada pemberita selepas program Back to School Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram, anjuran Agro Bank di sini pada Ahad.
Terdahulu pada program tersebut, seramai 500 penerima terdiri anak-anak asnaf menerima bantuan kelengkapan persekolahan seperti pakaian, kasut, stokin dan beg sekolah daripada Agro Bank.Salahuddin berkata Maqis berperanan memastikan produk import pertanian yang dibawa di pintu masuk Malaysia bebas daripada ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar supaya tidak menjejaskan sektor pertanian negara.
Beliau berkata bagi produk pertanian yang telah berada di pasaran yang didapati tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan, ia di bawah tindakan dan seliaan KKM melalui Akta Keselamatan Makanan 1983.
Semalam, KKM mengesahkan 21 sampel cili yang dijual di pasaran tempatan tidak mematuhi Akta Keselamatan Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 berkaitan residu racun perosak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cili import
#cili merah
#import
#kementerian pertanian
#keselamatan
#kesihatan
#lada merah
#Salahuddin Ayub
#sisa racun perosak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan