awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoF kaji inisiatif pelaksanaan VOP bagi bahan binaan kontrak kerja kerajaan

Bernama
Bernama
18/07/2024
21:10 MYT
MoF kaji inisiatif pelaksanaan VOP bagi bahan binaan kontrak kerja kerajaan
Kementerian Kewangan berkata ia cakna dengan rungutan serta keluh kesah pihak kontraktor dan industri pembinaan. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) sedang melaksanakan satu kajian untuk menyediakan inisiatif pelaksanaan Syarat bagi Perubahan Harga (VOP) bagi item atau bahan binaan dalam kontrak kerja kerajaan yang menerima impak kenaikan kos secara ketara berikutan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia.
MoF menjelaskan penggunaan diesel dalam industri pembinaan sebelum pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) adalah menggunakan harga komersial iaitu harga diesel tanpa subsidi.
"Namun yang demikian, Kementerian Kewangan cakna dengan rungutan serta keluh kesah pihak kontraktor dan industri pembinaan," jelasnya dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen, pada Khamis.
Kementerian itu menjawab pertanyaan Wong Shu Qi (PH-Kluang) mengenai pemberian subsidi diesel kepada kontraktor G1, G2, dan G3 yang terlibat dalam kerja tanah, elektrik dan sebagainya.
MoF menambah dengan pelaksanaan SKDS melalui perutusan Perdana Menteri pada 21 Mei, 2024 yang telah bersetuju ke atas penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia dengan tarikh kuat kuasa adalah 10 Jun, 2024, penyasaran subsidi itu membabitkan 10 jenis kenderaan diesel pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan diesel pengangkutan barangan darat di bawah SKDS.
"Tiada cadangan untuk menambah bilangan kenderaan yang diberikan diesel bersubsidi," tambah MoF.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan
#VOP
#Syarat bagi Perubahan Harga
#Penyasaran subsidi diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan