MALAYSIA
MOF nafi terima surat peletakan jawatan Tengku Zafrul

Surat tersebut dipercayai tular sehari selepas laporan dan penafian Tengku Zafrul berhubung peletakan jawatan beliau pada Khamis. - Sumber foto MOF
KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan (MOF) pada Jumaat menafikan surat peletakan jawatan Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz seperti yang tular di media sosial.
MOF menerusi hantaran di Twitter menyatakan, Tengku Zafrul masih komited dalam menjalankan tugas terutamanya usaha ke arah pemulihan ekonomi akibat penularan pandemik COVID-19.
Surat tersebut dipercayai tular sehari selepas laporan dan penafian Tengku Zafrul berhubung peletakan jawatan beliau pada Khamis.
BACA: Tengku Zafrul tidak letak jawatan
BACA: Usul Titah Diraja lulus, 'peletakan jawatan' Tengku Zafrul warnai Dewan Rakyat
Baru-baru ini, isu peletakan jawatan Tengku Zafrul menjadi perbualan hangat di Dewan Rakyat selepas beliau dikatakan tidak hadir membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2021 (2022), pada Rabu lalu.
Tegas Tengku Zafrul, perkara itu sememangnya sudah dibincangkan di pihak kementerian yang membenarkan Timbalan Menteri Kewangan untuk melaksanakan perkara itu.
Bahkan, pada tahun lepas, katanya, Timbalan Menteri Kewangan yang membentangkan RUU Perbekalan Tambahan di Dewan Rakyat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami