awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOF: Pengecualian CGT ke atas unit amanah kurangkan unjuran hasil pendapatan negara

Bernama
Bernama
21/03/2024
15:30 MYT
MOF: Pengecualian CGT ke atas unit amanah kurangkan unjuran hasil pendapatan negara
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan sempena Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengecualian Unit Amanah daripada pengenaan Cukai Keuntungan Modal (CGT) sudah pasti akan memberi kesan pengurangan kepada unjuran hasil yang bakal diperoleh daripada pelaksanaan CGT, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Beliau berkata bagaimanapun, kerajaan berpandangan bahawa pengecualian CGT ke atas Unit Amanah akan membantu melonjakkan lagi prestasi pasaran modal, di samping memberi manfaat sepenuhnya kepada lebih 90 peratus pelabur individu yang membuat pelaburan dalam industri tersebut.
"Pengecualian ini juga bertujuan untuk memastikan Unit Amanah kekal sebagai pilihan pelaburan yang menarik pada masa hadapan dan boleh diakses oleh rakyat.
"Selain itu, ia turut memberi manfaat melalui pulangan yang lebih kepada para pelabur individu, yang mana kebanyakan mereka terdiri daripada mereka yang dalam golongan pra persaraan danawal persaraan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Dengan pelaksanaan CGT mulai 1 Mac 2024, kerajaan mengunjurkan tambahan hasil sekitar RM800 juta setahun berdasarkan trend pindah milik saham semenjak beberapa tahun terkini.
Hasil daripada sesi perbincangan dengan pemain industri pasaran modal mengenai kesan CGT ke atas agihan keuntungan kepada pemegang unit, kerajaan telah bersetuju untuk mengecualikan Unit Amanah daripada kenaan CGT berkuat kuasa mulai 1 Jan 2024 sehingga 31 Dis 2028.
Kerajaan turut memberi pengecualian CGT ke atas keuntungan daripada pelupusan aset modal asing oleh Unit Amanah yang diremitkan ke Malaysia.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan adakah pengecualian CGT terhadap unit amanah akan memberi kesan kepada unjuran hasil pendapatan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Cukai Keuntungan Modal
#CGT
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan