JOHOR BAHRU:Kehilangan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Tan Sri Mohamad Aziz begitu dirasai rakan-rakan lama yang menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang amat menjaga silaturahim sesama sahabat tanpa mengira pangkat dan usia.
Bekas Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Naim Nasir tatkala mengenang memori bersama Allahyarham berkata, Mohamad merupakan individu yang kuat bekerja.
“Beliau pernah bercakap yang dia kurang pelajaran, tetapi kalau kita lihat kejayaannya dalam politik, sikapnya. Dia sedar dia siapa.
“Satu lagi, dia sangat menjaga silaturahim dengan kawan-kawan, anak muda, orang tua, politik dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Rahmat menyifatkan Allahyarham banyak menyumbangkan bakti kepada rakyat di Seri Gading.
“Allahyarham merupakan pemimpin yang lahir di (peringkat) akar umbi, dari bawah, dan merupakan antara pemimpin paling lama.
“Sepanjang khidmat baktinya, beliau banyak membantu pembangunan di Sri Gading termasuk perpaduan UMNO di Johor.
“Jasa beliau terlalu besar di mana beliau pernah berkhidmat sejak zaman Tun Hussein Onn,” katanya.
BACA: Bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Tan Sri Mohamad Aziz meninggal dunia
Sementara itu, anak sulung Allahyarham, Syukur Mohamad menyifatkan bapanya seorang yang lembut ketika bersama anak-anak mengharapkan orang ramai dapat memaafkan segala kesilapan bapanya.
“Abah saya di luar dilihat garang. Ada yang gelar singa selatan. Ada gelar macam-macam, termasuk dari seteru politik.
“Tetapi sebenarnya dia abah paling sporting. Apa anda lihat di luar, tidak sama di dalam. Sesiapa yang rapat akan tahu dia macam mana, seorang yang jaga solat, jaga silaturahim dan paling penting hormat alim ulama,” katanya.
Jenazah Allahyarham Mohamad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Alif pukul 10 pagi tadi selepas solat jenazah di kediamannya dekat Taman Nong Chik di sini.
Allahyarham dilantik sebagai Speaker Dun Johor dari 2013 hingga 2018 dan pernah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Parit Yaani serta Ahli Parlimen Sri Gading dari 1986 hingga 2013.
Beliau juga pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri serta memegang portfolio Pengerusi Pembangunan Sosial dan Kebajikan Masyarakat.
Dalam bidang politik, Mohamad pernah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Tetap UMNO bagi tempoh 2009 hingga 2017 dan menjadi Ketua UMNO Bahagian Sri Gading.
Ernalisa Othman
Fri Dec 25 2020

Jenazah Mohamad dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Alif pukul 10 pagi ini selepas solat jenazah di kediamannya dekat Taman Nong Chik di sini. - Astro AWANI

PM Anwar ke Tuaran, sesi taklimat pembangunan negeri dan buka puasa
Lawatan kerja Anwar ke Sabah akan dimulakan dengan sesi taklimat pembangunan negeri yang berlangsung di Pejabat Daerah Tuaran.

Palsu dokumen UMS: Peter Anthony fail semakan keputusan Mahkamah Rayuan
Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 ke atasnya atas

Realisasikan cadangan letak pasukan pengaman PBB di Gaza - Tun M
Tragedi yang berlaku di Gaza telah meletakkan isu kemanusiaan pada titik paling rendah, selain tiada usaha untuk menghentikannya.

Bazar perayaan lain di KL akan guna konsep pengurusan Bazar Ramadan dan Aidilfitri
Mesyuarat Majlis Menteri Wilayah pada Jumaat bersetuju untuk memperluaskan konsep pengurusan Bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada bazar perayaan lain di Kuala Lumpur.

Jualan sektor automotif dijangka merosot pada 2025
Sektor automotif Malaysia dijangka mengalami jualan yang lebih rendah pada 2025.

ASEAN termasuk Malaysia dapat manfaat daripada kepelbagaian rantaian bekalan China - Moody's
Negara anggota ASEAN khususnya Vietnam, Malaysia dan India telah mendapat manfaat daripada kepelbagaian rantaian bekalan China terutamanya dalam tekstil dan elektronik, kata Moody's Ratings.

UNRWA: Bekalan tepung untuk edaran di Gaza hanya bertahan sekitar enam hari
UNRWA memaklumkan bahawa bekalan tepung untuk diedarkan di Gaza hanya mampu bertahan sekitar "enam hari" kerana tiada bantuan baharu masuk sejak 19 hari lepas.

Tahun 2024 catat jumlah kematian tertinggi migran - Agensi Migrasi PBB
Sekurang-kurangnya 8,938 orang kehilangan nyawa di laluan migrasi sepanjang 2024, menjadikannya tahun paling banyak kematian dalam rekod.

Tolak suara sumbang pecah belah masyarakat majmuk - Nga
Rakyat Malaysia harus menolak suara-suara sumbang yang cuba memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

RUU Kredit Pengguna 2025 dijangka diwartakan menjelang akhir tahun ini
Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna 2025 dijangka diwartakan menjelang akhir tahun ini.

Mohamad Aziz selamat dikebumi
Allahyarham disifatkan sebagai seorang yang amat menjaga silaturahim sesama sahabat tanpa mengira pangkat dan usia.

Enggan tarik balik tuduhan, ADUN Senai diarah keluar dewan
Tindakan Wong enggan menarik balik kenyataannya terhadap Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bercanggah dengan peraturan mesyuarat.

DUN Johor rakam takziah kepada keluarga Then
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Bernard Then Ted Fen yang dipercayai dibunuh kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina.