awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamad belum jejak kaki ke pejabat baharu sejak dilantik Menteri Luar

Bernama
Bernama
18/12/2023
22:15 MYT
Mohamad belum jejak kaki ke pejabat baharu sejak dilantik Menteri Luar
Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan kerja ke Jepun. - Foto BERNAMA
TOKYO: Biarpun belum lagi menduduki pejabat baharunya, Menteri Luar yang baru dilantik, Datuk Seri Mohamad Hasan melaksanakan tugas dengan lancar dan Tokyo menjadi medan ujian untuknya.
Mohamad kini merupakan sebahagian daripada delegasi rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan kerja mereka ke Jepun.
Peralihan penting ini berlaku susulan pelantikan Mohamad sebagai Menteri Luar baru-baru ini, satu peranan yang digalas beliau selepas rombakan Kabinet diumumkan dua hari sebelum perjalanan ke Tokyo.
Beliau menggantikan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi.
Ketika ditanya mengenai peranan baharunya semasa majlis minum petang diaspora Malaysia di sini, Mohamad secara berseloroh berkata:" Saya belum lagi menjejakkan kaki di pejabat baharu saya di Putrajaya tetapi saya sudah ada di sini sekarang sebagai Menteri Luar."
Oleh kerana kesuntukan masa selepas pelantikannya dan lawatan kerja ini, Mohamad berkata, beliau tidak berpeluang untuk bertemu dengan pegawai-pegawai kementerian itu atau membuat persiapan terlebih dahulu.
Bagaimanapun, di Jepun, beliau dapat memperuntukkan masa daripada jadual padatnya, termasuk bertemu dengan kapten industri bersama Perdana Menteri dan menghadiri perjumpaan di Kementerian Luar Jepun dengan rakan sejawatnya Yoko Kamikawa.
Apabila ditanya mengenai pertemuannya dengan Yoko, beliau berkata: "Tiada masalah kerana saya pernah berjumpa dengan Yoko sebelum itu semasa saya Menteri Pertahanan."
Semasa lawatan itu, Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN - Jepun dan Mesyuarat Pemimpin Komuniti Sifar Emisi Asia (AZEC) menawarkan sebuah platform terbaik untuk Mohamad membiasakan diri dengan rakan-rakan sejawatnya dari negara-negara ASEAN.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#Menteri Luar
#Tok Mat dilantik Menteri Luar
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan