awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamad Sabu nafi salah guna aset kerajaan untuk beraya di kampung

Bernama
Bernama
16/06/2018
15:33 MYT
Mohamad Sabu nafi salah guna aset kerajaan untuk beraya di kampung
MOHAMAD SABU: Tidak benar sama sekali. Saya tidak akan menggunakan aset kerajaan untuk kepentingan diri sendiri dan tidak berada di Perlis pun. -Gambar fail
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini menafikan dakwaan beliau menggunakan helikopter yang merupakan aset kerajaan untuk beraya bersama keluarganya di Perlis seperti yang tular di laman sosial Facebook.
"Tidak benar sama sekali. Saya tidak akan menggunakan aset kerajaan untuk kepentingan diri sendiri dan tidak berada di Perlis pun. Semuanya palsu,' dan dusta semata-mata," katanya dalam catatan Twitternya @MSabu_Official.
Tidak benar sama sekali. Saya tidak akan menggunakan ASET Kerajaan untuk kepentingan diri sendiri dan tidak berada di Perlis pun. Semuanya palsu,fake dan dusta semata-mata. pic.twitter.com/bzFvGnoj2h
— Mohamad Sabu (@MSabu_Official) June 16, 2018
Video berdurasi 27 saat itu dimuat naik hari ini oleh seorang pengguna Facebook yang mendakwa kononnya Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara telah menggunakan helikopter kerajaan bersama keluarga isteri untuk bersuka ria pada Hari Raya Aidilfitri di Jejawi, Perlis selepas dilantik sebagai seorang menteri.
Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu bersama 12 lagi anggota kabinet yang lain mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, di Istana Negara pada 21 Mei lalu selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#aset kerajaan
#helikopter kerajaan
#Mat Sabu
#Mohamad Sabu
#salah guna aset kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan